Wednesday, August 31, 2005

Selamat Menyambut hari Kemerdekaan








View Photo Gallery of road to Nationhood (by NST)

Photographs of Tunku Abdul Rahman raising his hand, and recordings of his emotional but
determined voice leading the cheers, have become familiar icons of Malaysian independence.

Tuesday, August 30, 2005

Puas sudah kutanam budi…



Puas sudah kutanam padi,
Lalang juga memenuhi ladang,
Puas sudah kutanam budi,
Emas juga dipandang orang.


SEBAGAI rakyat yang dilahirkan selepas merdeka, saya berpendapat adalah tidak tepat untuk saya menulis mengenai perbezaan kehidupan penduduk negara ini sebelum dan selepas merdeka.

Misalnya adalah sukar untuk menulis sama ada kehidupan rakyat bertambah baik atau semakin tersepit dalam sebuah negara merdeka kerana saya hanya berpengalaman merasai kehidupan zaman selepas merdeka dan bukan era sebelum itu.

Seorang dua orang lama (veteran) pernah menegur: “Kau mana tahu zaman pak cik dulu, pada zaman Jepun kita orang makan ubi kayu untuk hidup, sebelum merdeka kehidupan rakyat amat susah. Kau orang-orang muda ini mana tahu semua ini. Kau orang tahu senang saja dan sikit-sikit mahu ‘protest’ sebab kau orang hidup pada zaman senang. Kau mana tahu susah payah kami?.”

Disebabkan tiada pengalaman hidup sebelum merdeka, saya akan menggunakan ‘sumber kedua’ (secondary sources). Di sini saya akan mencatat dan menyiarkan pengakuan serta pandangan beberapa orang yang hidup pada dua zaman itu dan berdasarkannya bolehlah pembaca membuat penilaian.

Sepucuk surat pembaca (Forum Pembaca) dalam akhbar Utusan Malaysia tanggal 26 Ogos lalu yang ditulis oleh seorang insan bernama Leftenan Kolonel (Bersara) Jalil Ithnin dengan tajuk ‘Apa Erti Merdeka Kalau Ekonomi Masih Dijajah’ menarik minat saya.

Antara lain bekas pegawai tentera ini mengkritik sambutan hari kebangsaan yang dihiasai dengan mencipta benda dan perkara membazirkan seperti kek dan bendera terpanjang, terbesar dan tertinggi dan kemudian menonjolkan personaliti (pejuang) kemerdekaan terutama orang politik yang bersifat retorik saja.

Satu persoalan besar yang dilontarkannya adalah – “Benarkah orang Melayu sudah merdeka?”

Bekas askar itu meneruskan dengan pertanyaan: “Apakah pengorbanan saya kepada negara dan rakan-rakan yang telah gugur bergelimpangan demi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara ini berbaloi, jawapannya saya rasa TIDAK.

“Nama-nama pahlawan negara yang telah pergi kerana berjuang dan ada segelintir yang masih hidup terus lenyap. Lenyap ditelan masa dan dilupakan.

“Nama yang kerap diulang-ulang dan dikenang sepanjang zaman hanyalah politikus saja, yang dikenang digembar-gemburkan dan bermacam-macam lagi seolah-olah mereka inilah sajalah hero merdeka.

“Apakah erti merdeka kalau kita rakyat terbanyak masih ditekan, ditindih, dipinggir, dikesampingkan dan mereka mengaut segala-galanya. Ini menunjukkan kita kaum yang bodoh, lemah, tidak berkuasa…inilah realitinya.”

Saya tidak akan mengulas apa yang diluahkan oleh bekas tentera ini tetapi sehingga kini masih tertanya-tanya mengapa setiap tahun diadakan ‘Hari Rayuan Pahlawan’ di mana tabung-tabung derma diedarkan, tidak bolehkah kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada ‘kekayaannya’ untuk membantu ‘pahlawan berjasa yang telah mengorbankan nyawa untuk tanah airnya’.

Tidakkah dengan merayu-rayu bantuan ini akan menjatuhkan maruah seseorang pahlawan atau keluarga mereka? Bukankah dengan jasa pahlawan-pahlawan inilah dapat diwujudkan suasa aman yang telah melahirkan ‘tauke-tauke besar berperut gendut’ dan ‘politikus bilionaire’ yang boleh berjudi dan rugi berjuta-juta ringgit di London atau membawa berpeti-peti wang ke Australia’?

Sementara itu, bagaimana dapat dikatakan jiwa kita merdeka apabila saban tahun pemimpin kita masih bertakfakur di Tugu Pahlawan, di depan patung kaku sedangkan perbuatan ia sudah difatwakan haram oleh mufti?

Demikian juga bagaimana kita boleh melupakan pahlawan kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Burhanuddin Al-Helmy dan Abu Bakar Baqir? Apakah perkembangan inu sama seperti pepatah; lembu punya susu, sapi dapat nama?

Pengajaran daripada Surah Fushshilat

Seorang tuan guru veteran (beliau hidup pada zaman sebelum dan selepas merdeka) dalam sebuah kelas pengajian tafsir al-Quran di sebuah masjid kerajaan yang saya ikuti baru-baru ini juga menyatakan – “Kita belum merdeka sepenuhnya. Lihatlah pakaian, makanan dan cara hidup orang-orang kita, masih berkiblatkan Barat. Artis-artis disanjung manakala ulama diketepikan.”

Tuan Guru ketika itu sedang mentafsirkan Ayat 26 Surah Fushshilat yang bermaksud: “Dan orang-orang kafir berkata: ‘Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan al-Quran ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan (mereka).”

Kata Tuan Guru inilah yang berlaku sekarang. Ketika ada majlis tilawah al-Quran berlangsung, ada satu lagi pihak buat majlis hiburan. Sekarang ini ada macam-macam pesta hiburan. Dalam seminggu, hampir setiap malam ada pesta hiburan Ada banyak anugerah untuk artis-artis. Pakaian artis-artis ini, terutama yang perempuan begitu teruk sekali. Inilah maksiat yang dihiruk-pikukkan bagi menenggelamkan ayat-ayat al-Quran dan perintah Allah.

Tuan Guru menyambung, “Saya kasihan tengok Pak Lah (PM Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi), dia bekejar ke sana sini untuk menaikkan ekonomi negara. Sehari ke Arab Saudi, kemudian ke Brunei, isterinya pula sakit di Amerika. Dia memang penat, kita dah umur 60-an, 70-an ini memang cepat penat.

“Tapi kerja keras dan penat lelah Pak Lah dalam suasana maksiat semakin menjadi-jadi dalam negara, keberkatan (barakah) hidup ditarik satu persatu. Salah satunya harga minyak dah naik, harga barang-barang pun dah naik, harga tol dah naik. Ni kita nak sambut Ramadan dan Raya, harga barang-barang nak naik lagi.”

Tuan Guru seterusnya menyambung tafsiran termasuk ayat ke-29 yang bermaksud: “Dan orang-orang kafir berkata; ‘Ya Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (yaitu) sebahagian dari jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina’.”

Tuan Guru berkata itulah manusia. Peluang yang ada di dunia disia-siakan, dalam neraka baru hendak menyesal dan hendak bertindak ke atas pihak yang telah menyesatkan mereka. Semuanya sudah terlambat, penyesalan tidak berguna lagi. Tidak ada peluang lagi kalau sudah masuk neraka.

Katanya, sekaranglah (masa hidup ini) kita perlu gunakan untuk komen, kritik dan lawan orang yang mahu menyesatkan hidup kita ini. Kita lawan orang yang hendak menyelewengkan diri kita. Kita lawan orang yang nak sesatkan kita dengan cara hidup penuh maksiat pada hari ini. Kalau tak betul, kita cakap tak betul. Usah tunggu akhirat nanti baru nak menyesal.

Demikianlah pengakuan seorang bekas tentera dan tuan guru yang hidup pada zaman pra dan pasca merdeka yang menyatakan kemerdekaan ini tiada ertinya jika rakyat masih terbelenggu dan terjajah pemikiran mereka. Kesimpulannya berdasarkan apa yang mereka luahkan, benar pada zahirnya kita sudah merdeka, tetapi dari segi jiwa dan pengisiannya tidak.

Selepas meninjau pendapat dua orang lama, sekarang marilah kita melihat perkembangan semasa untuk disesuaikan dengan pantun – sudah puas kutanam padi, lalang juga memenuhi ladang, sudah puas kutanam budi, emas juga dipandang orang.

Yang pertama yang hendak dibicarakan di sini ialah jasa ulama (termasuk guru). Sudah puas ulama menanam budi, mereka bercakap di pelbagai pentas daripada masjid berpermaidani tebal dan indah, ke bilik-bilik kuliah, seminar dan darjah ke lorong-lorong gelap, tetapi emas juga dipandang orang.

Kegemerlapan pentas hiburan juga dipandang orang. Pentas ‘Sureheboh’, ‘Anugerah Skrin’, ‘Akademi Fantasia’, ‘Malaysian Idol’ dan sebagainya menjadi sanjungan manakala artis dan pengacara seksi ‘diburu untuk dijadikan isteri’ termasuk oleh menteri manakala ulama semakin lama semakin disisihkan.

Yang kedua jasa ibu bapa. Mereka membesar dan mendidik anak-anak tetapi sebagai balasannya, anak-anak zaman sekarang sukar mendengar cakap. Dalam usia muda belia yang selayaknya berada di bangku sekolah, mereka sudah terkinja-kinja di pentas hiburan – Mentor, Malaysian Idol, Sureheboh dan Akademi Fantasia. Budi yang ibu bapa tanam, emas juga dipandang anak-anak.

Jasa pihak ketiga…keempat…kelima dan seterusnya juga banyak. Mereka termasuklah wartawan, penulis, ahli seni, jurugambar dan pengkritik yang menentang amalan ‘jahiliah’ dalam dunia penulisan dan media massa.

Penegak ‘jahiliah’ dunia persuratkhabaran dan karyawan TV misalnya semakin galak menyiarkan gambar, terutama artis wanita yang tidak senonoh. Mereka juga mengetengahkan amalan yang tidak berlandaskan agama.

Misalnya, dalam Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini, ada satu babak mengenang biduan dan biduanita yang baru meninggal dunia dengan ditonjolkan seorang penyanyi wanita, dedah sana dedah sini tetapi selepas itu diminta pula hadirin ‘menyedekahkan bacaan al-Fatihah’. Bagaimanakah seseorang itu ‘akan mendapat jalan yang lurus’ jika dia berada dalam majlis seperti itu.

Dalam pada itu, golongan karyawan termasuk penulis yang mengkrtitik dan meneguh amalan tidak bertepatan dengan agama itu dipandang songsang, dilabel dengan pelbagai gelaran kerana sudah menjadi adat dunia, emas dan kerlipan bintang juga dipandang orang.

Akhir sekali, jasa manusia terulung, Rasul akhir zaman, Muhammad (s.a.w.) yang kisah Israk Mikraj baginda diulang-ulang di masjid-masid seluruh dunia ketika bulan Rejab, turut tidak dipeduli. Sudah lengkap Nabi (s.a.w.) menyampaikan dakwah melalu sifatnya terutama tabligh (menyampaikan), tetapi umat manusia cenderung mengingkarinya.

Demikianlah kebanyakan manusia dengan sifatnya yang tidak mengenang budi sehinggalah mulutnya sudah terisi tanah (mati). Puas sudah Nabi, ulama, guru, ibu bapa, askar (seperti kisah di atas) dan sebagainya menanam budi, emas juga dipandang orang!

Oleh Lanh
Monday, August 29 @ 11:41:28 MYT

Monday, August 29, 2005

'Cinderella' buruan dunia


Cari maklumat Azrinaz pilihan Sultan Brunei
Oleh ZAINUDDIN ZAIN, MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Nama bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, 26, yang berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, 58, Sabtu lalu, kini ‘diburu’ penduduk dunia di internet untuk mencari maklumat mengenai ‘Cinderella’ itu, sekali gus melonjakkan namanya sebagai pencarian ‘terlaris’ di laman web antarabangsa.Malah, pencarian mengenai Azrinaz mengatasi perkara lain di dunia, termasuk selebriti dan tokoh dunia seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Michael Jackson dan George W Bush yang selama ini perkembangan mereka diikuti penduduk dunia.

Perasaan ingin tahu itu berpunca apabila hampir semua akhbar utama dunia, termasuk akhbar ‘online’, menyiarkan berita perkahwinan Azrinaz dan Sultan Hassanal Bolkiah, antara ketua kerajaan terkaya di dunia, yang dipetik daripada akhbar Malaysia, terutama dari Kumpulan The New Straits Times Press (M’sia) Bhd (NSTP).

Kemuncak kepada perasaan ingin tahu itu ialah apabila nama Azrinaz menduduki senarai teratas untuk maklumat berkaitan televisyen dan tempat ketiga keseluruhan dalam ruangan khas enjin carian Yahoo!, Yahoo! Buzz Index, Rabu lalu.

Pada hari itu saja, dianggarkan setengah juta carian (hit) menggunakan nama Azrinaz dicatatkan dalam tempoh sehari sehingga menduduki senarai teratas ruangan khas itu.

Anggaran jumlah itu diperoleh berdasarkan peratusan pencarian menggunakan nama Azrinaz Mazhar Hakim dalam enjin carian Yahoo! yang memaparkan peratusan sebanyak 589.54 peratus pada Rabu, 24 Ogos lalu.

Bagi laman web antarabangsa, terutama Yahoo!, pencarian melebihi 100,000 dikira cukup hebat yang meletakkan seseorang individu itu sebaris dengan tokoh terkenal dunia lain.

Lebih membanggakan, dalam 15 senarai dikemukakan laman web itu, Azrinaz adalah ‘gadis Melayu tunggal’ yang tersenarai sebaris dengan individu terkenal dan perkara menarik seperti rancangan televisyen dan filem luar negara.

Berdasarkan maklumat diberikan Yahoo!, pengiraan dibuat menggunakan kaedah 0.01 peratus mewakili satu carian, menjadikan anggaran keseluruhan sebanyak 589,540 carian untuk Azrinaz, Rabu lalu.
Lagi dari METRO..

Thursday, August 25, 2005

Kaedah Motivasi Anak

Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan, anak-anak akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan yang bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat dan harapan kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai. Oleh itu kaedah komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas. Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu tugasan atau kerja.

2. Ganjaran. Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian, pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat. Setiap anak mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian. Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau, memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan, pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka? Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan. Salah satu kunci motivasi diri ialah penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu. Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan. Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak, mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan. Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak. Kekuatan memori ada kaitannya dengan tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran. Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas. Berkomunikasilah dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Wanita November 2001, Ms 118 - 119

Wednesday, August 24, 2005

Hingga Akhir Nanti

(Selamat Hari Jadi untukmu yang tersayang)
Alin
-24th August-
-------

Hingga akhir nanti
kau tetap jadi pujaan
walau seribu tahun walau seribu zaman
ku tetap menanti
Hingga akhir nanti
kau saja idaman hati
segala rasa cinta segala rasa sayang
hanyalah untukmu
hingga akhir nanti
Bulan takkan terang tanpa seri wajahmu
hati takkan tenang tanpa kehadiranmu
rindu dalam sepi rindu dalam mimpi
kutetap menanti
hingga akhir nanti
Datanglah kekasih datanglah padaku
kesetiaan diriku janganlah kau ragu
betapa kukasih betapa kurindu
seandainya kau tahu benarnya cintaku

Monday, August 22, 2005

BLOGGING TIPS



1. Blog anonymously if you feel like you should be able to say anything about anyone. Even then, there's no guarantee that the person you wrote that horrible thing about won't find your website, put two and two together, and your life, if just momentarily, will be made awful.

2. If you choose to blog under your own name never write anything about anyone in your life that you wouldn't say to them face to face. This is the best way to blog and still maintain good relationships with your family and friends.

3. You will receive hateful email if you publish an email address. After the first hateful email you will want to stop blogging. Everyone goes through this.

4. You don't have to be a fantastic writer to have a website that people will want to read. Just make sure that what you have to say is honest and has soul.

The Photobloggers - Chromasia


Don't Look Up

Lecturer David J Nightingale is one of thousands of photobloggers – people who are using the net to publish photographs which offer a glimpse into their lives.
His website Chromasia has a different daily photo, attracting 4,000 unique visitors a day and has been chosen by Time magazine as one of the Top 50 cool websites of 2005.

This photo of his daughter "captures her in a rare, almost elfin moment of peaceful contemplation," he said.- BBC News

Proton needs to learn attitude from Hyundai




Hyundai builds four million vehicles annually today. By 2007, output is expected to be 5.5 million vehicles. Proton? Production is now shy of 200,000 cars a year. 178,431 sounds about right. Perodua? 113,431 vehicles.

This is why Proton has no chance to give us good cars at fair prices. There are no economies of scale. How did Hyundai do it? They’ve been around since 1967. That’s 38 years. Proton? About 20 years. It was born in 1983. The first Proton Saga rolled off production lines in September 1985.

Even the local market share that Proton holds is dropping so how can it compete internationally? Let’s all face it. If Proton-made cars that did not fall apart once they rolled off the production line, people would not turn to Korean makes.


If Proton’s quality was comparable to Korean makes like Hyundai, would anyone still choose a Korean make? Can they voice out? Any particular reason? read more..

Sunday, August 21, 2005

Mutiara kata

(Gambar dari jeq789.fotopages.com)

Di antara kata-kata Ibnu Mas'ud r.a ialah :

1. Sebaik-baik kaya ialah kaya hati;
2. Sebaik-baik bekal ialah taqwa;
3. Seburuk-buruk buta ialah buta hati;
4. Sebesar-besar dosa ialah berdusta;
5. Seburuk-buruk usaha ialah memungut riba;
6. Seburuk-buruk makanan usaha ialah makan harta anak yatim;
7. Siapa memaafkan orang akan dimaafkan Allah;
8. Dan sesiapa mengampuni orang akan diampuni Allah.

Friday, August 19, 2005

Mawi & Siti

Mawi bersama Siti Nurhaliza sebelum raptai sempena pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan di Teluk Danga, Johor Bahru. Abang Long seronok dengar suara mereka mendendangkan lagu Seroja...


Seroja
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( korus )
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Lupakan saja asmara
Pada asmara...
Lupakan saja asmara
Pada asmara...

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...

Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar
Oh sekadar saja

( ulang korus )

Lagu: S. Effendi


Lagi cerite tentang mawi..
Mawi bakal jadi jutawan
Hiburan ala “Mawi” dalam Pas

Azam & Azim..DEMAM MAWI..

Azam dan Azim - comel..sebelum gunting rambut..Kekadang lucu abang long tengok telatah die orang berdue ni....Biaselah orang Johor..sane sini..tak habis-habis cerite pasal MAWI..gunting rambut pun nak stail MAWI..

Wednesday, August 17, 2005

Akal dan Ilmu



Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :
"Allah memberikan HIKMAT kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan HIKMAT itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran ( ILMU ) melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL SERTA FIKIRAN NYA"
- [Al-Baqarah: 269]

Prof. Dr. Hamka berkata :
Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

Sayidina Ali bin Abi Thalib berkata :
- Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan¡±.
- Ilmu lebih utama daripada harta, karena ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.

Lukmanul Hakim berkata:
"Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal"

Imam Al-Ghazali berkata:
"ILMU itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar Penglihatan daripada Kezaliman & Tenaga badan daripada Kelemahan. Dengan ILMU, Manusia punyai darjat yang tinggi"


copy fr : duku weblog
"Akal membentuk ilmu dan ilmu meninggikan akal tetapi kebenaran tetap kebenaran, tanpa ilmu dan akal adalah susah untuk menilai kebenaran"

Tuesday, August 16, 2005

10 hingga 100 kebaikan bagi setiap huruf ayat suci

SETIAP pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Quran, pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada Allah berdasarkan keikhlasan masing-masing.

Membaca ayat al-Quran sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu.

Bagi pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini, Saidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Quran sedang dia mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu sebanyak 100 kebajikan, sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan.

"Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam

keadaan berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. sesiapa yang membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang dibaca itu 10 kebajikan."

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah kitab al-Quran yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati Aku." (Surah az-Zumar, ayat 23).

Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: "Muslim yang terbaik antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran, lalu mereka mengajarkannya pula kepada orang lain."

Pada suatu hari ketika Rasulullah sampai kepada kumpulan beberapa orang yang sedang berbual-bual kosong, lalu seorang daripada mereka mencadangkan supaya daripada membuang waktu sedemikian, lebih baik ke pasar Bhutan sekurang-kurangnya melihat atau memilih-milih unta betina yang baik.

Lalu Nabi Muhammad mencelah dengan sabdanya: "Pergi ke masjid dan membaca dua potong daripada ayat al-Quran adalah lebih berharga daripada dua unta betina, pergi ke masjid dan membaca tiga potong daripada ayat al-Quran adalah lebih baik daripada tiga unta betina, demikian juga pergi ke masjid dengan membaca empat potong daripada ayat al-Quran pun adalah lebih afdal daripada empat unta betina atau beberapa lagi unta lain."

Hadis riwayat daripada Abu Hurairah pula menyebut: "Ada pun rumah dimana al-Quran sering dibacakan, nescaya ahli keluarganya akan bertambah kelebihan serta rahmat akan berganda, malaikat akan mengerumuninya, sementara syaitan akan lari meninggalkannya, sebaliknya rumah di mana tiada dalamnya alunan bacaan al-Quran akan sering menjadi tegang serta hilang keberkatan, malaikat akan menyisihkan dirinya, manakala gerombolan syaitan akan berlindung di dalamnya."

Sesiapa yang mendengar ayat suci al-Quran, di samping memahami dan menghayati kandungannya pula adalah mereka yang menggunakan nikmat Allah iaitu pendengaran untuk perkara kebaikan.

Pada akhirat, setiap anggota manusia akan dipersoalkan oleh Allah iaitu untuk apa dan bagaimanakah ia digunakan.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan oleh Allah." (Surah al-Isra, ayat 36)

Maknanya, Islam amat menitikberatkan penganutnya supaya sentiasa

melakukan kebaikan agar mereka tergolong di kalangan yang beriman dan beramal soleh.

Untuk menjadi orang beriman dan beramal soleh, maka tentu seseorang itu perlu menuntut ilmu yang antara lainnya boleh diperoleh daripada majlis tilawah al-Quran.

Majlis ini sama juga dengan majlis ilmu kerana pada majlis itu, hadirin bukan saja dapat mendengar kemerduan ayat suci al-Quran, malah dapat menghayati maksud dan pengajaran di sebalik ayat itu.

Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah melalui dua majlis dalam masjid.

Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu.

Maka, Rasulullah memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.

Apabila bertembung dengan dua majlis, maka Rasulullah akan memilih majlis ilmu kerana ia lebih besar faedahnya kepada individu dan masyarakat.
-Berita Harian

Sunday, August 14, 2005

MELAYU.....oleh Usman Awang...





MELAYU.....

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "



NUKILAN
Usman Awang