Saturday, November 18, 2006

Dealova - Once

Once - Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yg memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg kuhela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Friday, August 11, 2006

1.3mil broadband users in Malaysia

By Sabry Tahir
The Star
The Government is confident of achieving 1.3 million broadband subscribers by the end of the year, said Energy, Water and Communications Minister Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik. He said the target was possible to achieve if the broadband service providers were able to provide services at a lower price.“We have often requested the service providers to be more aggressive in their pricing so as to attract more users,” he said yesterday at the launch of the MyICMS 886 workshop on broadband for all Malaysians.
Lim said experience in other countries had shown that price was the single biggest driver of broadband penetration.“A more competitive pricing will attract more users and lead to higher utilisation of network facilities and hence higher revenue for service providers.
''Lim said to further drive the penetration rate, service providers should raise broadband speed to a minimum of two megabits per second (MBps) per user.
“We have Internet access but no speed. I think 2MBps per user is very reasonable,” he said, adding that countries like South Korea had achieved 100MBps and was going for 300MBps.
Lim said the ministry would keep pushing telecommunications operators to raise broadband speed in the future, including encouraging them to upgrade infrastructure like replacing copper wire with fibre optic.
“Fibre optic is the best way to achieve high-speed broadband,” he added. As part of the push to increase broadband penetration, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) launched the MyICMS 886 in December last year.
MCMC is targeting for household broadband penetration to reach 25%, or 1.3 million subscriber lines, by year-end from the 600,000 lines currently in service.
The agency is also targeting a 50% broadband penetration rate for households by 2008.

Kos di KL paling murah

Oleh Azli Ayob
Kaji selidik hasil pemantauan harga 122 barang, khidmat asas
KOS sara hidup di Kuala Lumpur adalah paling rendah di kalangan 71 bandar raya utama dunia, sementara Oslo di Norway pula paling mahal.

Keputusan itu hasil kaji selidik bertajuk ‘Harga dan Pendapatan’ yang dijalankan oleh firma kewangan global, UBS.Ia dibuat berdasarkan kepada harga sekumpulan 122 barangan dan perkhidmatan asas yang sama.
UBS dalam kenyataannya bagi mengumumkan hasil kaji selidik itu, berkata bandar raya lain yang mempunyai kos sara hidup rendah adalah Mumbai di kedudukan ke-70, Buenos Aires (69) dan New Delhi (68).London pula berada di kedudukan kedua sebagai bandaraya paling mahal, Copenhagen (ketiga), Zurich (keempat) dan Tokyo (kelima).Di kalangan negara Asean yang diliputi dalam kaji selidik itu, Singapura berada pada kedudukan ke-32, Bangkok (ke-54), Jakarta (ke-57) dan Manila (ke-67).
Mengikut kaji selidik itu, walaupun Kuala Lumpur adalah bandaraya dengan kos sara hidup paling rendah, tetapi dari segi kadar upah ia berada di kedudukan ke-53, lebih tinggi berbanding negara serantau kecuali Singapura yang berada di kedudukan ke-38.Dari segi kadar upah, Bangkok berada pada kedudukan ke-66, Jakarta (ke-68) dan Manila (ke-69).Kadar upah paling tinggi pula ialah di Copenhagen diikuti Oslo, Zurich dan Geneva.
Tokyo yang menjadi bandar raya dengan kos sara hidup paling tinggi di Asia mempunyai kadar upah tertinggi di rantau ini, iaitu di kedudukan ke-18.Kenyataan UBS itu menegaskan, dalam menentukan nilai upah sebenar upah, ia perlu dikaitkan dengan kuasa membeli, iaitu apa yang dapat dibeli dengan upah yang diterima.
Bagi tujuan itu, firma kewangan itu menentukannya dengan menggunakan ukuran berapakah tempoh seseorang individu perlu bekerja bagi membeli sebiji burger Big Mac, McDonald’s berdasarkan harga di bandaraya masing-masing.
Daripada aspek itu, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-39, iaitu tertinggi di kalangan negara Asean, yang mana bagi membeli sebiji Big Mac, individu di bandaraya ini perlu bekerja selama 33 minit.Bandaraya yang berada di kedudukan paling atas ialah Zurich (15 minit) sementara Jakarta di tangga paling bawah, iaitu 86 minit.Kuasa membeli tertinggi di kalangan bandaraya Asia dinikmati pekerja di Tokyo yang berada di kedudukan ke-24, Taipei (ke-33) dan Seoul (ke-37).
Di kalangan negara Asean pula, Singapura berada di kedudukan ke-40, Bangkok (ke-67), Manila (ke-69) dan Jakarta (ke-70) Mengikut kaji selidik UBS yang dijalankan setiap tiga tahun itu, Asia menjadi satu-satunya rantau di dunia yang mempunyai jurang perbezaan paling besar antara bandaraya dengan kos sara hidup paling mahal dan yang paling rendah.
Ia berdasarkan kedudukan Tokyo yang berada di tangga kelima sebagai bandaraya termahal dunia berbanding Delhi, Mumbai dan Kuala Lumpur yang berada di tangga terbawah dalam senarai berkenaan.Pekerja di Tokyo juga menerima kadar upah tertinggi dibandingkan pekerja di bandaraya lain di Asia meskipun dalam kajian tiga tahun lalu, ia berada di tangga ketujuh.Faktor utama kenaikan itu, kata UBS adalah disebabkan kejatuhan nilai yen berbanding euro dan penurunan harga barangan.Firma kewangan itu menjelaskan, maklumat yang dikumpulkan dalam kajian itu adalah berdasarkan perangkaan daripada 35,000 individu.

Tuesday, July 04, 2006

Koleksi NJ Alini

njalini name card
http://static.flickr.com/76/178847299_0a107316f9.jpg
Klik kemudian print kad ini dan bawa bersama

ke Galleri Koleksi NJ Alini untuk mendapatkan diskaun
sehingga 10% (Tawaran sehingga 31/8/2006 sahaja)

Saturday, July 01, 2006

Pendekatan doa yang sebenar



Oleh: ZUARIDA MOHYIN

APABILA manusia ditimpa musibah, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan di kalangan mereka mempersekutukan Tuhan. (al-Rum: 33)

Ayat di atas menjelaskan senario biasa berhubung sikap manusia iaitu meminta pertolongan Tuhan ketika berada dalam keadaan terdesak atau memerlukan.

Hakikatnya, berdoa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah, kerana memohon kepada Allah adalah pengiktirafan bahawa hanya Allah Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.

Firman-Nya bermaksud: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raf: 55-56

Ia dipekukuhkan lagi dalam surah Al-Mukmin ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Oleh itu, setiap daripada kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.

Wednesday, May 24, 2006

8P-untuk kebahagiaan rumah tangga..

Penceramah, Siti Nur Bahyah Mahmood, 40, yang terkenal dengan teknik ‘Cakar Harimau’, menurunkan petua 8P kepada pasangan yang menghadapi masalah rumah tangga bagi mengelakkan ia berakhir dengan perceraian.

Siti Nur Bahyah berkata, P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

“P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,” katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’ kerana kerjaya sebagai artis memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana artis perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan peminat.

Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.
(telah di edit sedikit di perenggan pertama)

Tuesday, April 11, 2006

Maulidur Rasul

Lima perkara wajar dihayati sempena Maulidur Rasul
Oleh Mohd Zamri Shafie

Memperingati jasa Baginda dalam mencari keredaan Allah

SABAN tahun, tabir Rabiulawal disingkap memperingati insan agung iaitu Nabi Muhammad SAW yang diutuskan bagi memimpin umat manusia. Menjadi kebiasaan bagi kaum Muslimin dan Muslimat seluruh dunia dari Timur hingga ke Barat menyambut Maulidur Rasul.

Persoalannya, bagaimanakah kita menyambut Maulidur Rasul? Apakah bentuk pengisian paling penting dalam sambutan Maulidur Rasul? Tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk memperingati jasa dan perjuangan Baginda dalam memperjuangkan agama Allah (Islam) supaya ia sampai kepada umatnya hari ini.

Selain memperingati Baginda, tujuan paling besar merangkumi perkara yang kita lakukan ialah mencari keredaan Allah, yang akhirnya menjadi sebab untuk mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW di akhirat kelak. Maka, semestinya kita wajib menghayati sunnah Baginda dalam setiap urusan kehidupan, terutama dalam perkara berikut:

Mengikut jejak Baginda dalam ibadah kepada Allah.Rasulullah SAW dalam melakukan ibadahnya kepada Allah amat tekun sekali, sehingga digambarkan menerusi sebuah hadis yang menunjukkan kaki Baginda bengkak kerana berdiri terlalu lama dalam 'membangunkan malam' dengan qiamullail.Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah, katanya, apabila Rasulullah SAW bangun malam untuk melakukan solat, bengkak kedua-dua kakinya. Apabila ditanya oleh Aisyah: “Ya Rasulullah SAW, mengapa engkau masih bersusah payah begini, sedangkan diampun bagimu dosa yang telah lalu dan akan datang?” Jawab Baginda: “Wahai Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba yang patut bersyukur?" (Hadis riwayat Ahmad).

Mengikut jejak Baginda dalam perkara taat kepada Allah.Rasulullah SAW digambarkan seorang yang amat menjaga hubungannya dengan Allah dalam setiap perkara seperti sentiasa berdoa ketika keluar dari rumah, ketika makan, bangun dari tidur dan banyak lagi. Baginda tidak lekang memperbanyakkan berdoa dan merendah diri kepada Allah.
Mencontohi Rasulullah SAW dengan ketinggian akhlak dan budi pekertinya.Rasulullah SAW reda dalam setiap perkara yang menimpa dirinya. Baginda meninggalkan kesan yang cukup besar dalam gerakan dakwah Islam yang semestinya diikuti oleh umatnya hari ini. Baginda rela dicerca, dihina dan diberikan tentangan yang maha hebat ketika menyampaikan dakwah Islam sehingga menitis darah dari tubuhnya semata-mata menuntut keredaan Allah. Rasulullah SAW mendoakan mereka yang menentang usaha dakwahnya dengan berdoa: "Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam dapat bertapak di hati kita umat Islam hari ini. Imam Ahmad Ibn Hanbal meriwayatkan daripada Aisyah, katanya: "Nabi Muhammad SAW tidak pernah memukul khadam lelaki dengan tangannya dan tidak juga memukul khadam perempuan, juga tidak pernah memukul dengan tangannya melainkan dalam perkara jihad pada jalan Allah. Tidak pernah memilih di antara dua perkara melainkan yang disukainya ialah perkara yang paling mudah dilakukannya supaya tidak berdosa. Apabila perkara itu mengandungi dosa, Bagindalah orang yang paling menjauhi daripada dosa dan tidak menuntut bela bagi dirinya daripada sesuatu yang didatangkan kepadanya, melainkan jika perkara itu mencemarkan kehormatan Allah."

Mencontohi Rasulullah SAW dengan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.Kesungguhan Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah tidak dapat ditandingi. Begitu juga, pendirian Baginda yang tetap dalam memperjuangkan agama Islam dan syariatnya. Prinsip perjuangan tetap teguh walaupun terdedah dengan pelbagai tentangan.
Mencontohi Rasulullah SAW dalam cintanya terhadap sahabat dan umatnya.Kasih sayang Rasulullah SAW terhadap sahabat dan umatnya tidak dapat disangkal lagi. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman." (Surah at–Taubah, ayat 128).

INTIPATI:
Mengikut jejak Baginda dalam ibadah kepada Allah.
Mengikut jejak Baginda dalam perkara taat kepada Allah.
Mencontohi Rasulullah SAW dengan ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
Mencontohi Rasulullah SAW dengan kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
Mencontohi Rasulullah SAW dalam cintanya terhadap sahabat dan umatnya.

Penulis ialah Imam Masjid Putra, Putrajaya

Tuesday, April 04, 2006

Bahasa dan pengucapan

Saturday, April 01, 2006

Bahasa dan pengucapan
Hishamuddin Rais


Saya menolak konsep Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Saya juga menolak konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Pada ketika ini saya mengajukan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan. Konsep bahasa strategik ini adalah tahap yang paling awal dalam usaha menggalang dan menggembelingkan tenaga untuk melahirkan negara bangsa.

Konsep negara bangsa ini juga adalah konsep yang baru. Untuk Tanah Melayu konsep ini wujud sebagai pengalaman sesudah dilanda zaman kolonial. Kekitaan yang diwujudkan melalui bahasa juga bermula apabila manusia Melayu mula berkenal dengan ‘orang lain’ yang dibawa masuk oleh penjajah ke Tanah Melayu.

Justeru, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan untuk saya tidak memiliki apa-apa makna yang tepat. Malah dalam konteks politik Malaysia hari ini konsep kebangsaan itu juga perlu dilihat, dirombak untuk dinilai kembali. Saya mengasaskan pandangan ini kerana saya berkongsi pandangan yang diasaskan oleh ahli falsafah Perancis Ernest Renan yang mengajukan konsep negara bangsa dalam satu ucapannya di Universiti Sorbonne pada tahun 1882.

Pandangan-pandangan awal tentang negara bangsa berasaskan konsep yang diajukan oleh para pemikir dari Jerman. Negara bangsa dari pemikiran Jerman ini berasaskan genetik, darah keturunan, kaum, kesamaan bahasa dan budaya. Saya menolak pandangan ini. Pandangan negara bangsa berjenis ini telah melahirkan negara fasis seperti Jerman dan Jepun. Konsep negara bangsa seperti ini telah melahirkan pembantaian bangsa-bangsa seperti yang terjadi di antara Tutsi dan Hutu atau seperti yang dialami pada tahun 1969 di Malaysia.
Justeru, saya lebih bersetuju untuk menerima pandangan yang diajukan oleh Renan bahawa negara bangsa dilahirkan melalui ikatan sosial/social contract di mana para warga tidak semestinya dari kaum atau darah yang sama tetapi bersetuju untuk hidup bersama; berkongsi pengalaman yang lalu, yang kini dan yang akan datang melalui pengucapan bahasa dan budaya yang sama.

Untuk saya ketika ini, tidak wujud Bangsa Malaysia justeru tidak juga wujud Bahasa Malaysia. Dua konsep ini adalah omong-omong kosong dari para politikus yang bukan hanya tidak dapat menilai diri malah mereka gagal untuk memahami kenyataan hakiki yang sedia wujud di hadapan mata. Asas-asas awal dan kemungkinan-kemungkinan cerah untuk melahirkan negara bangsa Malaysia yang TIDAK berasaskan kaum, darah dan keturunan pernah wujud pada satu detik sejarah. Era pencerahan ini muncul ketika rakyat semua bangsa bangun berjuang untuk menghalau penjajah British dari Tanah Melayu.

Tetapi, arus perkembangan sosiopolitik dalam masa hampir dua generasi yang lalu telah menunjukkan bahawa cita-cita awal negara bangsa Malaysia ini telah hampir lupus. Dua puluh dua tahun di bawah kuku besi Mahathir Muhamad projek untuk melahirkan negara bangsa Malaysia telah gagal lagi meleset. Pemisahan-pemisahan bangsa-bangsa telah diatur secara terancang atau secara tidak tersengaja. Pemisahan bangsa-bangsa ini telah dilembagakan.

Lembaga-lembaga daulah telah diwujudkan bukan untuk penyatuan bangsa-bangsa tetapi untuk di pisah-pisah agar senang untuk diperintah. Ada lembaga yang diwujudkan berlandaskan ketuanan Melayu, ada yang berselubung di bawah jubah Islam. Ada pula yang dilembagakan berlandaskan kepentingan politik kepartian untuk memastikan pemilikan kuasa ekonomi dan politik.

Hasil dari pengamatan saya, ini dikuatkan pula dengan pengalaman; saya berpendapat projek untuk melahirkan negara bangsa ini wajib melangkah ke belakang sekali lagi. Mengundur ke belakang bukan kepada tahun sifar tetapi kepada tahap awal untuk menerima konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan sosial.

Pandangan saya ini berpandukan keilmiahan bahawa politik di Malaysia pada hari ini hanya dapat diubah, dirombak atau diperbaiki oleh manusia Melayu. Ini adalah hakikat politik yang saintifik. Di Malaysia dalam konteks politik hari ini, hanya manusia Melayu sahaja yang berupaya mewujudkan satu perjanjian sosial baru yang berlandaskan demokrasi dan keadilan untuk semua. Sesiapa yang memiliki pandangan yang bertentangan dengan hakikat ini saya cadangkan mereka pergi menjadi pemandu teksi di Baghdad sebelum mempelajari ilmu perubahan sosial.

Sayugia diingati bahawa pandangan strategik ini juga telah pernah digunapakai dengan jayanya oleh Jepun dan British semasa menjajah Tanah Melayu. Jepun menggudam orang Cina ketika melanggar dan menakluki Tanah Melayu. British menganggap seorang gerila Melayu anti British lebih berharga dari sepuluh orang gerila Cina. Ini hakikat yang wajib difahami. Garis pentadbiran strategik kuasa kolonial British telah berjaya mengendalikan empayar yang mencakupi tiga suku bumi ini. Kita perlu belajar dari sejarah orang-orang yang terdahulu dari kita. Justeru, konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan bukan sesuatu yang baru.

Pada tahun lalu saya telah dijemput ke satu persidangan/seminar. Antara kertas kerja yang dibincangkan ialah menilai kembali dan melihat kenapa golongan progresif, kaum kiri dan parti-parti yang non-racial telah gagal dalam projek politik mereka. Mereka telah gagal untuk melahirkan sebuah Malaysia yang demokratik yang tidak berasaskan perkauman. Malaysia telah gagal untuk menjadi negara bangsa yang tidak melaga-laga antara Melayu, India, Cina dan bangsa yang lain.

Seminar yang saya hadiri ini bukanlah satu seminar akademik. Ianya lebih mendekati kepada seminar politik kepartian. Untuk saya, segala bentuk perbincangan dari pelbagai jalur pemikiran adalah satu latihan yang sihat. Perbincangan terbuka secara demokratik yang bersandarkan keilmuan adalah perlu dalam proses mengumpul pengalaman. Ketika sesi membincangkan - Kenapa Golongan Progresif Gagal- saya terpaksa ketawa mengikat. Saya rasa persoalan yang ditimbulkan itu lebih seram lagi menyeramkan dari lawak bodoh Senario.

Perbincangan ini berpusing-pusing, gagal mencari punca kegagalan mereka. Satu demi satu politikus dan pemikir cuba mengajukan pandangan. Seperti biasa, British dilihat sebagai sebab utama. Persongkongkolan kaum feudal Melayu juga dilihat sebagai punca. Pembelotan para pemimpin juga adalah hujah yang masuk akal.

Tetapi, sebenarnya jawapan kenapa mereka gagal, keluar dari mulut mereka sendiri. Tajuk seminar ini sebenarnya – Why The Progresives Left Failed in Malaysia. Untuk saya, jawapannya cukup senang. Para politikus, pemikir politik dan aktivis Ngo yang mengaku diri mereka progresif ini tidak memiliki bahasa pengucapan yang strategik. Mereka tidak menggunakan Bahasa Melayu. Mereka berucap, bertutur, menulis dalam Bahasa Inggeris – kadang-kadang bahasa Inggeris yang digunakan ini juga turut sama menjadi porak peranda.

”They are not connected with the very people they wanted to change.” (Saya menulis ayat ini agar mereka dapat memahami apa yang saya ingin katakan). Pengucapan bahasa yang bukan bahasa Melayu dalam konteks perubahan sosial di Malaysia samalah seperti saya berkhutbah di Iraq dengan menggunakan bahasa Tamil. Atau sama seperti saya melakukan satu gerakan sosial di Paris dengan pengucapan bahasa Rusia.

Dalam konteks politik hari ini, Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan sosial tidak seharusnya menimbulkan persoalan nasionalisma sempit Melayu atau persoalan agenda ketuanan Melayu. Pekara-pekara seperti ini hanya akan ditimbulkan oleh kumpulan, parti-parti politik dan individu yang tidak mahu manusia Melayu berubah. Mereka yang tidak mahu mengakui Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik ini kerana mereka ingin manusia Melayu terus bonsai fikrah mereka.

Mereka akan cuba membalingkan kaca dan paku di atas lantai politik manusia Melayu yang ingin merubah negara ini. Mereka juga akan mengeluarkan hujah yang muluk-muluk tentang kepelbagaian bahasa yang mana akhirnya bahasa Inggeris akan digunakan. Ini dilakukan kerana kumpulan berjenis ini cukup sedar bahawa selagi manusia Melayu berfikrah bonsai dan bermimpi dalam dunia hak keistimewaan mereka selagi itulah cukong-cukong ini dapat terus merampok kekayaan negara ini.

Pada ketika ini, menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan sosial dalam negara ini adalah asas pertama. Asas ini wajib diterima oleh para aktivis politik, para aktivis Ngo dan untuk sesiapa sahaja yang ingin melakukan satu rombakan sosial. Sekali imbas, kelihatan apa yang saya ajukan ini seperti tidak perlu ditimbulkan. Atau seperti kata Mao memukul anjing yang telah mati.

Tetapi dalam pengalaman saya, kemerosotan penggunaan bahasa strategik ini cukup terserlah terutama dalam kumpulan-kumpulan Ngo yang semakin dilihat syok sendiri berputar-putar dan berpusing-pusing dalam penggunaan bahasa Inggeris dalam rangka kerja dan selebaran mereka. Kumpulan-kumpulan inilah yang paling amat sibuk dalam agenda perubahan sosial mereka.

Kerana itu saya ingin bertanya apakah Mak Cik dari Felda Taib Andak dapat membaca ”The Human Rights Report of Suaram”. Atau membaca falsafah Jerman dalam bahasa Inggeris dari Pusat Pengucapan Terkangkang. Saya rasa kumpulan ini masih belum dapat memahami makna Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan. Mereka belum dapat merentas dari Petaling Jaya ke Kampung Kerinchi. Jauh sekali selebaran pengucapan mereka untuk difahami di Benut. Hakikatnya Mak Cik Felda dan Mak Cik dari Benut inilah kunci yang akan membawa perubahan sosial dalam negara ini.

Ketelengan dan kejulingan penggunaan bahasa strategik ini telah diampuhkan oleh arus globalisasi. Secara terancang badan-badan pengeluar dana telah memesongkan kesedaran dan kesucian hati nurani anak-anak muda dalam negara kita ini untuk melakukan pembelotan dengan meninggalkan bahasa strategik ini. Ini samalah seperti projek Rumsfeld yang menggalakkan anak-anak muda Iraq untuk meninggalkan AK47 dan pergi mengundi.

Untuk saya, selagi tidak difahami dan dihayati konsep Bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk perubahan maka kita akan terus gagal untuk melahirkan satu negara bangsa yang demokratik dan adil. Jika manusia Melayu terus gagal memahami apa yang kita ingin sampaikan kerana kita tidak menggunakan pengucapan yang mereka gunakan, maka ini bererti selama ini kita hanyalah terpancut di atas perut. Gagal melahirkan generasi baru.

Monday, April 03, 2006

Biarlah Bulan Bicara

Biarlah Bulan Bicara
Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
Cukup derita sampai di sini
- Broery Marantika

Friday, February 24, 2006

...antara yang terkaya..

Tiga usahawan Melayu antara individu terkaya

TIGA ahli perniagaan Melayu disenaraikan antara 20 individu paling kaya di Malaysia oleh majalah perniagaan, Malaysian Business.

Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary dengan kekayaan RM2.93 bilion menduduki tempat ketujuh manakala tokoh perbankan yang juga pengasas Arab-Malaysian Corporation, Tan Sri Azman Hashim berada di tangga ke-13 dengan kekayaan berjumlah RM675.50 juta.Pengarah Eksekutif AirAsia Bhd, Kamarudin Meranun berada di kedudukan ke-18 dengan kekayaan RM584.71 juta. Azman disenaraikan pada kedudukan ke-25 tahun lalu manakala Kamarudin pada kedudukan sama seperti tahun lalu.

Majalah perniagaan Malaysian Business memaparkan senarai 40 individu paling kaya dalam keluaran terbarunya bertarikh 16 Februari.

‘Raja Gula’ Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal rakyat Malaysia paling kaya dan bernilai kira-kira RM21.5 bilion. Kekayaan dimiliki Kuok itu mewakili 27 peratus daripada keseluruhan kekayaan terkumpul 40 individu yang dimasukkan dalam senarai itu.Nilai dan kekayaan semua individu berkenaan dikira berasaskan nilai pegangan saham masing-masing dalam syarikat di Bursa Malaysia pada 20 Januari lalu.Kuok yang juga memiliki rangkaian Hotel Shangri-La, akhbar Hong Kong, South China Morning Post dan kumpulan syarikat hartanah, Kerry Properties, mendahului senarai 40 individu terkaya Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut.
Pemilik stesen televisyen satelit Astro dan syarikat telekomunikasi selular terbesar Malaysia Maxis, Tan Sri Ananda Krishnan menduduki tangga kedua dan bernilai RM10.97 bilion.

Tempat ketiga, Tan Seri Quek Leng Chan yang memiliki konglomerat Hong Leong (RM9.904 bilion), diikuti pengasas Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Goh Tong di tempat keempat (RM6.148 bilion) dan Pengerusi dan pengasas Kumpulan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow di tempat kelima (RM6.097 bilion).Pengerusi Eksekutif Kumpulan IOI, Tan Sri Lee Shin Cheng berada di kedudukan keenam dengan nilai RM3.89 bilion.Malaysian Business dalam kenyataan semalam berkata, secara keseluruhannya, nilai individu yang disenaraikan berkurang berikutan prestasi lemah Bursa Malaysia.

Antara muka baru dalam senarai individu terkaya adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tan Sri Tan Teong Hean, kedua-duanya antara pemegang saham utama dalam Southern Bank Bhd (SBB).
Muka baru yang disenaraikan adalah Ketua Eksekutif OSK Holdings Bhd, Ong Leong Huat, pemilik NexNews Bhd, Tong Kooi Ong dan Pengerusi Tan Chong Motors Holding Berhad (TCMH), Datuk Tan Heng Chew - Petikan dari Berita Harian

Thursday, February 23, 2006

Yang ke 15 tahun...


Semoga Allah memberi barakah bagi kami dan memberkati keluarga kami, dan mengumpulkan kami dalam kebaikan dan kepada kebaikan.

Wednesday, February 22, 2006

Grateful Living

Grateful Living
Posted by: Yusoff Mohd Haneef

All blessings to God, I now know where I came from, what I am supposed to do here and where I am going after this. In short, I know my purpose of life, my responsibility in life and the necessities of life. I also know how to prioritize it now.

Fifteen years ago, I was like a child not knowing my purpose, my responsibility and what I need. Fortunately, during my dark, lonely, lost, resentful, angry, ungrateful, revengeful, arrogant, ignorant, hopeless, helpless, low and sad days of my life, some kind folks with lots of love and affection knocked on my doors and talked to me about my virtues as a human being in this great Kingdom of God. They told me who my Creator is and described His Greatness, Powers, Mercy and Love. They reminded me of the air, the water, the food and all the abundance that my Creator had provided and that I have consumed! Of course, they also told me about the sacrifices of my Prophet. I was told and reminded of how the Prophet was rejected, shamed, ridiculed and isolated for bringing the message of God. I was also told about the stories of other Prophets. There were also stories of those whom God had accepted and endorsed their faith!

After a few more visits, presents and smiles from those kind folks, I felt enlightened. With my strong intention to change and the light from my Creator, I found my purpose, know my responsibility and the necessities I need to live. I am grateful to my Creator and humbled by all the abundance provided for me and submits my total obedience to Him. I am a Grateful Living.

At the pace humanity is degrading, I am 100% convinced that we need more of those loving and affectionate people to knock on more doors. Only when humans know their purpose, their responsibility and their necessities (which is actually just five) in life, they will be grateful, living.It was so easy to change and to find solace. It doesn't cost me a single cent. It is sad to note that humanity spent billions on thousands of programs to forge love, respect and honor amongst humanity but the result is evident, failure.

I rest my case. I have tears in my eyes.

I am also knocking on doors now, spreading the joy of knowing the Creator.

Enlightened
Cheras

Monday, February 20, 2006

Hari ini, esok dan selamanya..?


Hari ini, esok dan selamanya..? Mengapa..?

Hari ini (begitu juga semalam) tak mungkin akan sama seperti esok dan selamanya..(kecuali yang Allah yang maha Esa)..Tetapi percayalah yang lebih penting untuk kita adalah memastikan hari ini lebih baik dari semalam untuk hari esok dan selamanya....

Tuesday, February 14, 2006

Hari Valentine


Monday, February 13, 2006

Islam larang sambut Hari Valentine
(Bernama) -- Pasangan umat Islam yang bercinta dilarang menyambut dan meraikan Hari Valentine atau Hari Kekasih kerana ia diharamkan oleh Islam, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Terengganu Muhammad Ramli Nuh.Katanya Hari Valentine, yang disambut esok, boleh diibaratkan sebagai mengiktiraf musuh Islam kerana Valentine atau Valentinus terbabit merancang dan menyerang, sekaligus memusnahkan tamadun Islam di Cordoba."Orang Islam tidak sepatut meraikannya kerana ia seolah-olah mengiktiraf pihak yang bertanggungjawab memusnahkan sebuah tamadun Islam di Sepanyol," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Kefahaman Tasawwuf Nusantara di sini.Muhammad Ramli berkata ada pasangan menjadikan Hari Kekasih yang diraikan 14 Feb setiap tahun sebagai alasan untuk berjumpa dan ini akhirnya boleh menyebabkan berlaku perkara terlarang. (Copy and paste dari : Malaysia Today
)

Monday, January 02, 2006

Happy New Year

Selamat Tahun Baru 2006
Semoga Tahun 2006
bersama kita dengan sejuta kenangan
yang lebih bermakna
untuk kita semua.