Tuesday, July 04, 2006

Koleksi NJ Alini

njalini name card
http://static.flickr.com/76/178847299_0a107316f9.jpg
Klik kemudian print kad ini dan bawa bersama

ke Galleri Koleksi NJ Alini untuk mendapatkan diskaun
sehingga 10% (Tawaran sehingga 31/8/2006 sahaja)

Saturday, July 01, 2006

Pendekatan doa yang sebenar



Oleh: ZUARIDA MOHYIN

APABILA manusia ditimpa musibah, manusia berdoa kepada Tuhannya dalam keadaan bersungguh-sungguh. Kemudian apabila diberi ruang mengecapi rahmat daripada-Nya, tiba-tiba satu golongan di kalangan mereka mempersekutukan Tuhan. (al-Rum: 33)

Ayat di atas menjelaskan senario biasa berhubung sikap manusia iaitu meminta pertolongan Tuhan ketika berada dalam keadaan terdesak atau memerlukan.

Hakikatnya, berdoa merupakan tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah, kerana memohon kepada Allah adalah pengiktirafan bahawa hanya Allah Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.

Firman-Nya bermaksud: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya. (Al-A'raf: 55-56

Ia dipekukuhkan lagi dalam surah Al-Mukmin ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.

Oleh itu, setiap daripada kita pasti mengharapkan kasih sayang Allah untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.