Tuesday, May 27, 2008

Uniform sekolah nampak sexy...?

10 tahun dulu lagi Abang Long dah perasan masaalah ni...Cikgu-cikgu dan Mak Bapak lah yang sepatutnya bertanggung jawab..tak kan dah kena tegur pun masih nak tengok je...

PIBG pun boleh memainkan peranan untuk membincangkan isu ini. Kadang-kadang rasa malu pun ada..sebab yang budak sekolah terlampau ini adalah dari golongan budak sekolah yang Mak Bapak dia orang pun tak kisah langsung pasal aurat ni..sekolah pulak di kawasan yang Cikgunya pun dua kali lima je...


Eloklah Ibu Bapa dan Guru-Guru minta pihak berwajib (Kerajaan/Kementerian) ambil tindakan segera demi mempertahankan imej dan maruah ummah dan anak bangsa kita..


(GAMBAR HIASAN : APA GUNA PAKAI TUDUNG KALAU MACAM NI RUPANYA...?)

Monday, May 26, 2008

Tips Keluarga Bahagia

(Gambar Hiasan sahaja)















Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
1)Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
2)Penghayatan agama yang berterusan.
3)Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
4)Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
5)Komunikasi yang cemerlang.
6)Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
7)Suasana rumahtangga yang selesa.




Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan

1)Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
2)Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
3)Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
4)Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
5)Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
6)Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
7)Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
8)Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
9)Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.



Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
1)Berkongsi melakukan tugasan di rumah
2)Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
3)Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
4)Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
5)Makan malam bersama.
6)Beribadah secara berjemaah.
7)Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.





Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
1)Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
2)Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
3)Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
4)Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
5)Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
6)Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
7)Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
8)Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
9)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
10)Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

Artikel ini dibaca dari:
http://rumahkusyurgaku.melaka.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=25&Itemid=39

Gelang Bermagnet

"Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.

Syarat-syarat tersebut:

- pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

- pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

- gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

- jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak."

Friday, May 23, 2008

10 paling kaya di Malaysia

Senarai orang terkaya di Malaysia
1.Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
2.Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
3.Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
4.Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
5.Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
6.Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
8.Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
9.Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
10.Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta

KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu. Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu berkenaan adalah kira-kira 30 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu sebanyak RM503.1 bilion dan lebih tinggi daripada hasil Kerajaan Persekutuan tahun lalu yang berjumlah RM141.8 bilion......

Sementara itu, lapan ahli perniagaan Melayu turut berada dalam senarai '40 Paling Kaya di Malaysia', didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. Beliau berada di tempat kelapan senarai itu dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion.
......Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11;
Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir (AS$285 juta,
tempat ke-20);
Timbalan Ketua Eksekutif AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun (AS$280 juta, tempat ke-21); Pengerusi Naim Cendera Holdings Bhd, Datuk Abdul Hamed Sepawi (AS$180 juta, tempat ke-30)dan Pengarah Eksekutif Westports, Ahmayuddin Ahmad (AS$155 juta, tempat ke-34). Individu Melayu lain yang berada dalam senarai itu ialah Raja Datuk Seri Eleena Raja Azlan Shah (AS$150 juta, tempat ke-35) yang mempunyai pegangan saham ketara dalam Gamuda Bhd dan Ketua Eksekutif CIMB Group, Datuk Nazir Razak (AS$100 juta, tempat ke-40). baca lagi di Berita Harian
Abang Long :
Siapa tahu kita juga jadi kaya satu masa nanti...Insya Allah..kerana diantara mereka yang tersenarai jadi kaya juga pernah lebih susah dari kita satu ketika dahulu..
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, saya pernah dengar kisahnya ketika beliau masih kecil. Di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!

Thursday, May 22, 2008

Jom Berubah..

"Pastikan apa yang hendak kita lakukan hari ini mestilah lebih baik dari semalam dan ingatlah apa yang berlaku semalam tidak semestinya baik untuk hari ini"

Sunday, May 18, 2008

JEQ789 langgar siapa tu..?

...










































Cemas...! Sebenarnya ...


JEQ789 terlibat di lokasi penggambaran untuk drama TV berjudul "Persis" arahan Fairuz Loy yang telah ditayangkan di TV3 pada hari Sabtu 10 malam 17hb May 2008.




Diantara pelakon utama drama tersebut ialah Norman Hakim, Jasmin Hamid dan Betty Benafe. Drama khas untuk sempena sambutan Hari Ibu Sedunia...



Abang Long: Nak Tahu ni..? kena tanya pada Syahril (Adik Abang Long) dia yang pinjam kereta dan tiba-tiba je dia call ..kata kereta abang long dah langggar orang....sabar jek lah..nasib baik tak pengsan kerana terkejut dengar berita tu..


Klik disini jika anda pemilik Honda Stream








Friday, May 16, 2008

Puisi untuk Guru

Sempena menyambut Hari Guru,
Abang Long Ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu sekelian..

Khas Buat CIKGU HASLINA !!!
Didiklah anak muridmu dengan jujur dan ikhlas..
Berdoalah juga anak kita dididik dengan baik oleh GURUnya..

Alfatihah untuk Guru kita semua...
Semoga Allah jua yang membalas jasamu itu..
Amin...


--------------------------------------
Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Sunday, May 11, 2008

Anugerah Komuniti Sempena Jubli Perak SMKPG




















Anugerah Komuniti kepada Kiswire Sdn Bhd dari SMKPG sempena Ulang Tahun ke 25 SMKPG (Jubli Perak) yang telah disempurnakan dan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada Tuan Pengarah Syarikat Kiswire Sdn. Bhd., En. Nordin Bin Othman.
Majlis tersebut berlangsung di SMKPG pada 10hb Mei 2008. Turut Hadhir adalah YDP PIBG SMKPG Tuan Hj Omar dan AJKnya.

Thursday, May 08, 2008

Selamat Hari Ibu..

Ibuku

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku


Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku


Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini


~Muhammad Syafiq~
--------------------------------------------------------
Pastikan anda meluangkan masa untuknya...

Tuesday, May 06, 2008

Sains & Matematik dalam Bahasa Inngeris

petikan dari Muka surat 8..
"Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurangseperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat internet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania,India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiad dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pemenang pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India,Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiad dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India,Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan.."

Klik disini untuk baca semua dalam e-book ini:
http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

Abang Long dulu sekolah dan Belajar Mechanical Engineering di Korea Selatan...Belajar Bahasa Korea dengan mengikuti kursus insentif selama setahun di Korea dan dulu sekolah Abang Long guna 100% bahasa Korea... buku rujukan dan periksa pun jawab guna bahasa korea...Sebenarnya mempelajari Bahasa memerlukan kesungguhan dari kita sendiri..

Banyak juga negara lain seperti korea juga boleh maju tanpa menggunakan Bahasa Inggeris...kenapa kita tak belajar bagaimana cara mereka dan mengapa mereka buat begitu..?

Abang Long rasa.. yang lebih penting kita kena faham apa yang kita belajar...kalau tak faham macam mana kita nak guna dan kembangkan ilmu itu...Satu masaalah lagi..mungkin kita faham tapi susah nak terangkan / nak mengajar kerana penguasaan bahasa kita yang lemah... Bukankah ini merugikan ..?

Bahasa Inggeris itu memanglah penting tapi yang lebih penting ialah memahami dan mengembangkan ilmu yang kita ajar / pelajari .... Apa pula pendapat anda..?

Monday, May 05, 2008

A new Internet is coming....

Hi,
You have got to see this -
WOW!
I found this new FULL INTERNET UPGRADE technology that is about to upgrade THE ENTIRE INTERNET to Web 2.0 standards and IT'S FREE! FULL Social Networking functionality on EVERY WEBSITE on the internet with a click of a button.
This is going to change the entire Internet OVERNIGHT.
Plus, they are giving away ONE MILLION DOLLARS to spread the word about it - and you can get a share for helping - NO COST!