Friday, June 27, 2008

Kopitiam


Kopitiam ialah perkataan yang merujuk kepada dua perkataan yang membawa maksud Kedai Kopi yang dimilikki oleh orang Cina ("Tiam" bermaksud Kedai dalam bahasa cina hokkien). Kopitiam popular di Malaysia dan singapura dan biasanya kedai ini menyediakan hidangan asas untuk bersarapan seperti kopi, telur setengah masak, roti bakar yang disapu dengan 'kaya'.
Menjadi trend masa kini perkataan Kopitiam digunakan secara meluas yang merujuk kepada kedai kopi yang dipelbagaikan dengan makanan tradisi.
Di Malaysia, perkataan Kopitiam juga telah banyak digunakan oleh Pengusaha Restoran Melayu untuk menarik perhatian pelanggan yang menyediakan Kopi yang dihidang dengan cara Kedai Kopi Cina lama dan bersama makanan tradisi seperti nasi lemak, lontong, mee dan lain-lain masakan tradisi/harian orang Malaysia.
Gambar Hiasan - Abang Long bersama Tuan Punya Noraki Kopitiam

Friday, June 20, 2008

Read the Numbers on Your Fruit


Baca ni, Panduan yang baik untuk membeli Buah yang di import-maklumat ni Abang Long dapat dari email seorang kawan :
I just found out the sticker labels on fruits actually tell you how the fruits were grown — whether organically grown or conventionally grown with pesticides and herbicides; and the genetically engineered fruits.
Conventional Fruit Labels
Four digits and does not start with 9
** mostly starting with the digit 4
Organic Fruit Labels
Five digits and starts with number 9
Genetically Modified Fruits
Start with the digit 8
** this is good to know because stores aren't obligated to tell you if a fruit has been genetically modified (grrr….)
Okay, so if you come across an apple in the store and it's labels 4922, it's an conventional apple grown with herbicides and harmful fertilizers.
If it has a sticker 99222, it's organic and safe to eat.
If it says 89222, then RUN!!!! It has been genetically modified (GMO).
So next time you go shopping, remember make your choices and know how to avoid buying inorganic and GMO fruits. Shop Safe :)

Monday, June 16, 2008

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu Lain Sekarang Lain..
Kata-kata "Dulu kini dan selamanya" tak boleh guna lagi..
Semuanya dah berubah..
Banyak yang dah berubah..
Memang Dulu Lain Kini pun dah lain.

Hari ini Abang Long memerhatikan gelagat orang..
Puas memerhati raut wajah mereka,
Abang Long teringat 20 tahun dulu.
Kerana dulu abang Long pernah kata,
Orang Korea nampak muka mereka stress, Tension,
mata merah nampak seperti keletihan dan tidak cukup rehat..
Mengejar dan memburu masa untuk dapatkan sesuatu..
Survival..
Diwajah mereka juga nampak kebimbangan dan keresahan.


Masa tu nampak jelas berbeza,
20 tahun dulu Orang Malaysia nampak muka mereka Tenang,
Periang, segar, Ceria dan kerja pun boleh bertangguh..
Tiada apa yang di kejarkan kerana semuanya dirasakan cukup
dan ada yang terasa mewah dan berlebihan.

Tapi hari ini Abang Long tengok Orang Kita (Orang Malaysia)
sama apa yang Abang Long tengok Orang Korea 20 tahun dulu,
Hari ini Nampak mereka keletihan,
Mata merah macam tak cukup rehat,
Nampak macam orang yang kebimbangan
Tak ramai yang kelihatan senyum dan gembira..

Terutama bila sampai di kaunter bayaran...
Kerana semuanya sudah mahal,
Kerana terasa duit semakin kecil nilaininya..
Terasa gaji yang diterima tak berbaloi,
Keluh Resah..

Kerana Esok akan bekerja lagi..
Esok akan hantar anak kesekolah lagi..
Esok akan menghadap Bos lagi..
Esok mungkin dimarah Bos Lagi..
Esok mungkin harga barang naik lagi..
Esok mungkin kena Overtime lagi..
Esok mungkin tak sempat nak makan dengan anak isteri lagi..
Esok mungkin akan "Jam" lagi..
Mungkin harga minyak naik lagi..
Mungkin Tambang naik lagi..
Mungkin harga ikan di pasar naik lagi..

Entahlah..
Memang sekarang dah Lain.
Tak seperti yang Dulu Lagi.

Thursday, June 12, 2008

Gaji Dua kali sebulan..??

PUTRAJAYA 11 Jun - Gaji bulanan pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Perdana Menteri berkata, separuh pertama daripada gaji akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua pula dibayar pada hujung bulan.- Utusan.

(Iklankan perniagaan anda disini)

Adakah dengan membayar gaji dua kali sebulan akan membantu kaki tangan kerajaan menyelesaikan masaalah kenaikkan harga barang ...apa rasionalnya..?

Dulu banyak syarikat swasta (kilang) yang membayar gaji dua kali sebulan tetapi telah menukar kepada sebulan sekali.. Tindakan ini diambil untuk memudahkan dan mengurangkan kesilapan dibahagian payroll. Ada juga yang berpendapat setelah bertukar ke sistem gaji satu bulan sekali, pekerja mendapat lebih kepuasan kerana menerima jumlah wang yang lebih besar jumlahnya dan mampu membuat perancangan perbelajaan keluarga lebih teratur. Budaya berjimat cermat juga dapat di semai dan dapat membantu pekerja merancang untuk menyimpan juga lebih teratur serta lebih berdisiplin untuk berbelanja.

Abang Long : Saya rasa ..Sistem Bayar Gaji dua kali sebulan , tidak mampu memberi kebaikkan seperti yang disangka malah saya melihat tindakan ini satu tindakan yang mengundur kebelakang..

- Nampaknya Bahagian Payroll lepas ni kenalah tambah orang atau kena kerja lebih masa..




Tuesday, June 10, 2008

Barang & Bil NAIK tapi UNTUNG mereka juga NAIK


Memang Benar...
Semua barang naik harga kerana bahan mentah naik harga..
Tapi ketahuilah semua kenaikkan harga tersebut terpaksa ditanggung oleh pengguna..
Syarikat Gergasi juga mengeluh terpaksa menaikkan harga barang/bil perkhidmatan kerana kos pengeluaran mereka meningkat..

DAN rasanya semua orang tahu bahawa KEUNTUNGAN mereka juga meningkat setiap tahun..

Baca beberapa contoh berita dibawah..


National oil company (PETRONAS) set another record with earnings of RM46.4bil For the financial year ended March 31, 2007 (FY07), Petronas posted a net profit of RM46.4bil, up 7.7% from RM43.1bil in FY06.
Revenue jumped 10% to RM184.1bil from RM167.4bil while shareholders' funds improved 16.3% to RM170.9bil. Of the total revenue, RM67.6bil came from abroad, exports added RM73.4bil and domestic operations contributed RM43.1bil.... more http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/29/business/18166257&sec=business

Malaysian power firm Tenaga expects lower 2008 profit despite tariff hike
Tenaga, which produces two-thirds of Malaysia's power needs and has a distribution monopoly, reported an 88 percent on-year surge in net profit to 4.06 billion ringgit (US$1.3 billion; 0.84 billion) for the fiscal year ended August 2007 due to strong sales. Che Khalib said about 59 percent of household consumers, who uses less than 200 kilowatt hour of electricity a month, won't be affected by the higher tariffs if they maintain consumption at that level… more..
http://in.news.yahoo.com/associatedpress/20080605/r_t_ap_bs/tbs-malaysian-power-firm-tenaga-expects-3289243.html

Malaysia's Proton Q4 net profit up sharply
Proton posted fourth-quarter net profit of 236.4 million ringgit ($73.37 million) against a net profit of 915,000 ringgit a year ago. In 2007, the firm posted a net profit of 202.9 million ringgit for the year against a loss of 589.5 million ringgit. More..
http://in.reuters.com/article/asiaCompanyAndMarkets/idINKLA00757520080526
TELEKOM MALAYSIA BOOKS 9.2 PCT JUMP IN Q1 NET PROFIT

KUALA LUMPUR, May 8 Asia Pulse - Telekom Malaysia Berhad (TM) (KLSE:(4863)) has posted first quarter after tax profit of RM595.712 million (US$174.2 million), up 9.16 per cent from RM545.695 million a year earlier due to higher operating revenue and operating income. Excluding the impact of foreign exchange gain (net of minority interests share) between both quarters under review, the group's net profit in the first quarter 2007 is RM508.0 million, which is 41.9 per cent higher...more
http://goliath.ecnext.com/coms2/summary_0199-6508850_ITM

PBT (PLUS Express Berhad ) of RM1,108 million and toll collection of RM1,691 million
PEB Group’s financial results continue to improve with a profit before taxation (“PBT”) of RM1,108 million for the year ended 31 December 2006, on the back of high toll collection of RM1,691 million. The Group’s PBT was RM36 million higher than the year 2005… more
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb.nsf/335d6c2965168ebd48256aa9002f7597/482568ad00295d074825728f0076b8c0/$FILE/PEB%204Q%202006%20Press%20Release.pdf

Saturday, June 07, 2008

Hari Keputeraan Yang dipertuan Agung

Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006.

Friday, June 06, 2008

Minyak oh Minyak...

Bertambah kusut kepala sebab dengar pelbagai pendapat tentang kenaikan minyak...sana sini semua orang bincang pasal kenaikkan minyak..rata-rata setuju minyak memang patut naik harga cuma mereka tak setuju kenapa naik terlalu mendadak peratus kenaikkannya..

sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
(05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )
dalam masa 18 tahun harga minyak naik sebanyak rm1.81...lebih dari 200%!!!

Terbaca pula komen Tun Dr Mahathir dalam Blognya..
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari.
Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong.
Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100.

Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100
boleh dianggap untung bersih.250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita
pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion
Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.

Kerajaan ini melimpah dengan wang


Bagaimana pula pendapat anda..?



Oh ya satu lagi fakta yang abang long baca hari ini..Tolong sahkan jika anda tahu..Perbandingan harga di negara pengeluar minyak...( Jangan lah banding ngan S'pore ke Korea ke..)

UAE– RM1.19/liter; Eygpt– RM1.03/liter ;Bahrain– RM0.87/liter ; Qatar– RM0.68/liter ; Kuwait– RM0.67/liter ; Saudi Arabia– RM0.38/liter ; Iran– RM0.35/liter ; Nigeria– RM0.32/liter ; Turkmenistan– RM0.25/liter ; Venezuela– RM0.16/liter ; Malaysia-RM2.70/liter

Apa PULA PAK LAH KATA.... “Tinggi-tinggilah, tapi taklah tinggi sangat…walaupun harga naik kita beri rebet…itu mengurangkan beban… membantulah juga ,” itulah penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Agendadaily ketika ditanya tidakkah keputusan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak RM0.78 itu terlalu tinggi. Menurut Abdullah, sebelum kerajaan mengambil keputusan tersebut, kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor khususnya yang membabitkan kepentingan golongan berpendapatan rendah serta peniaga-peniaga kecil .(GAMBAR dan BERITA DARI AGENDA DAILY)

Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik 78 sen seliter..















Harga Baru Minyak Petrol RM2.70 seliter dan Harga Diesel RM2.58 seliter. dan HARGA PASARAN MINYAK DUNIA =USD 120.00 Setong.

Petrol Dan Diesel Naik Mulai Tengah Malam Ini, Umum PM
PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Abdullah berkata bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal .
"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.
"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan," katanya.
Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan. Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.
Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api, levi untuk kurang beban rakyatPUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).
Abang Long : Bersedialah untuk berjimat cermat kerana bila harga minyak naik..barang lain sudah pasti akan turut naik..Elektrik pun akan naik sampai 26%..?

Satu cara yang KERAJAAN harus ditangani segera untuk bantu Rakyat ialah memperbaiki SISTEM PENGANGKUTAN AWAM. Kesan daripada ini juga akan membantu Kerajaan dari segi mengurangkan pembaziran minyak akibat dari penggunaan satu kereta hanya satu penumpang...

Wednesday, June 04, 2008

Ais dan Air Sejuk boleh jadi penawar ...?


Oleh chekamala
""Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Abang Long : Abang Long pernah dengar, orang yang tinggal di Negara 4 musim (ada musim salji) mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal lebih baik dan Ikan yang datang dari kawasan perairan bersuhu panas tidak sesuai dimakan "Mentah"..