Sunday, January 30, 2011

KEHILANGAN ITU SATU UJIAN


Semalam saya dikejutkan lagi dengan (berita ketiga dalam sebulan) tentang kematian. Isteri kesayangan seorang sahabat akrab ( ketika menuntut di sekolah dahulu hingga sekarang) kini telah kembali kerahmatullah meninggalkan suami dan anak2nya yang masih memerlukan kasih sayangnya..., Berita itu membuatkan saya cukup terharu dan sedih ..Dugaaan dan ujian yang dialami oleh sahabat saya memang buat saya insaf dan teruja. Bersama kita sedekahkan FATEHAH keatas rohnya.

Sebagai seorang sahabat saya hanya mampu katakan:

Sesungguhnya Allah SWT tidak berlaku zalim keatas hambanya.. Allah lebih mengetahui segalanya apa yang lebih baik untuk umatnya.. Yakinlah setiap ketentuanNya ada Rahmat disebaliknya.

Sedikit ilmu saya baca untuk kita kongsi bersama:

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. Kita kongsikan isi penting bagi perbincangan kita kali ini.

Ujian-ujian yang Allah kenakan kepada manusia.

1. Ujian Bencana (al-Baqarah ayat 214)

2. Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214)

3. Ujian Kemiskinan (al-Baqarah ayat 115)

4. Ujian Kesenangan (al-Zumar ayat 49)

5. Ujian Kehilangan (Saad ayat 34)

6. Ujian Di Datangkan Orang Menzalimi Dan Menganiyai

(al-Baqarah ayat 49)

7. Ujian Tarikan Maksiat (Surah Taha ayat 85)

8. Ujian Ketaatan Pada Perintah Allah (Surah al-Saffat ayat 106)

9. Ujian Dianugerahkan Kelebihan (Surah Dukkan ayat 33)

10. Ujian Hati (Surah al-Anfal ayat 28)

Sepuluh ujian ini adalah untuk Allah lihat, adakah kita ingin tangani segala ujian susah dan senang ini selaras dengan apa yang diajarkan oleh Allah pada kita.

Sesungguhnya, jangan kita angan-angankan kita akan dapat masuk ke syurga sebelum Allah datangkan ujian kepada kita. Dalam al-Quran Allah nyatakan bahawa:-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa)

Surah al-Baqarah ayat 214

Dan satu yang perlu kita yakini bahawa, Allah tidak meletakkan sesuatu ujian yang tidak sanggup kita tanggung.

Setiap ujian adalah sesuai dengan diri kita. Dan minta Allah untuk Dia memberika jalan keluar pada segala permasalahan kita. Kerana, hanya Dia yang dapat memberikan kita jalan keluar pada segala permasalahan hidup kita.

Firman Allah:-

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala permasalahannya) - Surah al-Talaq ayat 2.

RUJUKAN: http://www.ustazamin.com

Abang Long: Ujian dan Dugaan yang kita hadapi sekarang masih lagi kecil jika dibanding dengan Ujian yang dihadapi oleh Rasululullah dan para Sahabatnya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Tuesday, January 25, 2011

Tenang

Tenang
Kita sedang mencari :
Jiwa yang Tenang
Fikiran yang Tenang
Tempat yang Tenang
Apapun ,Kita harus Tenang :
Tenang dengan hujahnya
Tenang dengan kerenahnya
Tenang dengan apa jua keputusanya.

Abang Long - 25/1/11

Saturday, January 22, 2011

Tidur Siang

Abang Long :

Artikel ini elok untuk rujukan -
Tidur Siang..Amalan yang baik untuk rehatkan badan seketika untuk meneruskan kerja sehingga ke waktu malam..



oleh Khairunneezam Mohd. Noor


Sesetengah daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang
adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh umat Islam sejak dahulu sebagaimana dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.


Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Foundation sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Kajian Sarjana


Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjan
a dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Work karya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Waktu Tengahari

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kera
na waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Menyihatkan

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Perspektif Islam

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pa
da siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap
di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Amalkan di Pejabat

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.

Thursday, January 20, 2011

16th International Kite Festival

"Located at the Pasir Gudang Recreational Park, Bukit Layang-Layang is the official site for the annual Pasir Gudang International Kite Festival attracting hundreds and thousands of visitors and kiting enthusiasts from all over the world."

Monday, January 17, 2011

Pembaziran
















(Gambar Hiasan: Mesjid Baru di Pekan)


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia antaranya:
  1. Pembaziran ilmu pengetahuan jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
  2. Pembaziran amalan jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.
  3. Pembaziran kekayaan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredhai Allah SWT.
  4. Pembaziran hati jika kosong dari kasih kepada Allah SWT.
  5. Pembaziran tubuh badan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
  6. Pembaziran cinta jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
  7. Pembaziran masa jika tidak diurus dengan sebaiknya.
  8. Pembaziran akal jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
  9. Pembaziran zikir sekiranya tidak memberi kesan kepada hati.
Baca lagi disini : http://sinar.cikedis.com/tuntutan-mengamalkan-gaya-hidup-berhemah

Sunday, January 16, 2011

Kematian

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un..

Hari ini saya di kejutkan dengan panggilan seorang sahabat menyampaikan berita kematian suami seorang kawan sekolah kami dulu..
Ucapan Takziah untuk dia dan keluarganya..baru beberapa hari lepas saya melawat fb dia dan melihat gambar gambar dia dan suaminya pergi melancung keluar negeri pada bulan yang lalu..

Semoga roh suaminya nya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Al fatihah..

Sesungguhnya kematian itu akan datang dan ia adalah satu kepastian..
Renunglah buat keinsafan kita semua bahawa sudah ada antara kita yang telah kembali mengadap Allah SWT. Kita juga mengetahui terdapat pelbagai bentuk kematian. Ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital, ada yang mati dengan terjatuh i, ada yang mati secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dan banyak pula yang mati akibat terlibat dengan nahas kemalangan dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang dapat disaksikan.

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayatnya. Sebab itulah, bagi kita orang yang beiman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah ( penutupan akhir hayat yang baik ) bukannnya dalam keadaan su’ul khatimah (penutupan akhir hayat yang tidak baik), Na’uzubillahiminzalik!

Bagaimana pula dengan kita..? Adakah kita yakin yang kita boleh bernafas pada keesokan hari dengan berbangga akan dosa pada hari ini? Berapa ramai yang menjadikan kematian sebagai iktibar dalam hidupnya kecuali yang mendapat hidayah dari Allah. Marilah sama-sama kita membuat persediaan yang sempurna serta perancangan yang teratur untuk kita dapat selamat daripada api neraka dan berdoa untuk memasuki Syurga yang penuh dengan segala kenikmatan dan kelazatan yang tidak terhingga...Renungkanlah..

Saturday, January 15, 2011

BEKAM












Pengalaman ber"BEKAM" amat baik kerana kesan perubahan pada badan juga sangat cepat dirasakan setelah darah kotor dan toksin badan dapat dikeluarkan..

Hadits Rasulullah SAW

"Sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah Al Hijamah (bekam)" HR. Ahmad.

"Kesembuhan itu ada pada 3 (tiga) hal, dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan kay (besi panas). Tetapi aku melarang umatku menggunakan kay" HR. Muslim.

"Setiap penyakit itu ada obatnya. Jika obat yang tepat jatuh pada penyakit, dengan izin Allah penyakit itu pasti sembuh" HR. Muslim.


76 PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN OLEH KAEDAH BEKAM

1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

INFO TTG BEKAM:
http://www.bekaminovatif.com/info.htm

Wallahu alam..

Time To Change

Masa untuk Berubah..

Mengharungi 2011 saya mulakan dengan perubahan yang drastik..Buat pertama kali dalam hidup saya membotak kepala sampai licin..

Apa pun..semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan "SINAR" 2011 akan mengubah hati jiwa serta kehidupan ini kearah yang lebih diredhai dan diberkati.

Menukar dan merubah bukanlah satu perkara yang mudah dan digemari, namun demi untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat kita harus kuatkan semangat menempuh segala cabaran.

Dimana ada "Kehendak" di situ ada "Jalan"..