Friday, September 26, 2008
Friday, September 19, 2008
Salam Ramadhan..
Salam,PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:
I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN
II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;
III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;
IV) KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;
V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.
Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 21 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 September 2008
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Thursday, August 21, 2008
Friday, August 08, 2008
8.8.8
Thursday, August 07, 2008
Harapan Baru Untuk Malaysia
Saya hampir tidak berminat langsung untuk update blog saya ini..
Kerana saya tak nampak pun ada sinar dan harapan baru untuk kita..
Selaku rakyat Malaysia ,
Apakah yang kita boleh banggakan semenjak dua menjak ini..
Apa yang kamu nak bangga sangat...?
Politik..?
-- Liwat.. ?
Sukan...?
-- Olimpik.?.
Ekonomi...?
-- Minyak dan Beras naik.. ?
Pembangunan..?
-- Ada ke Projek Baru.. ?
Pelajaran..?
-- Entah apa.. ?
Hiburan..?
-- Pakej baru di sana sini.. ?
Agama..?
-- Sumpah sana sini ..?
Apa..? Apa..citer ni.. cuber citer sikit..
Naik Bosan lah ...
hampir setiap hari membaca dan mendengar cerita yang sama
Semacam tiada kesudahannya..
Semacam semuanya hanya pelakon yang mengikut skrip dan drama
Semacam kita lumpuh dengan dendangan lagu dunia..
Tiada yang menghairankan,
Tiada yang mengkagumkan,
Tiada yang melegakan..
Apa pun... hari ini aku nampak sedikit tanda..
Tanda titik mula..
Tanda titik perubahan..
Tanda pembawa Sinar...
Walaupun kita..
Cuba menempuh arus..
Cuba melawan ombak..
Cuba merekacipta..
Hanya DIA yang maha tahu..
Hanya DIA penentu segala
Hanya DIA yang mampu merubah cerita..
Bersamalah kita terus berdoa..
Bersama kita terus Berusaha..
Bersama kita terus cekal dan tabah..
Moga..
Harapan Baru Untuk (kita rakyat) Malaysia akan terus bersinar..
Jeq789
7hb Ogos 2008
Thursday, July 17, 2008
Tuesday, July 01, 2008
Barang Naik
1hb Julai 2008 - Tarikh yang kalau boleh dilewatkan, tapi apakan daya masa tetap berjalan dan akan meninggalkan kita jika kita terus leka tidak menghargainya.Friday, June 27, 2008
Kopitiam
Friday, June 20, 2008
Read the Numbers on Your Fruit

Monday, June 16, 2008
Dulu Lain Sekarang Lain
Kata-kata "Dulu kini dan selamanya" tak boleh guna lagi..
Semuanya dah berubah..
Banyak yang dah berubah..
Memang Dulu Lain Kini pun dah lain.
Hari ini Abang Long memerhatikan gelagat orang..
Puas memerhati raut wajah mereka,
Abang Long teringat 20 tahun dulu.
Kerana dulu abang Long pernah kata,
Orang Korea nampak muka mereka stress, Tension,
mata merah nampak seperti keletihan dan tidak cukup rehat..
Mengejar dan memburu masa untuk dapatkan sesuatu..
Survival..
Diwajah mereka juga nampak kebimbangan dan keresahan.
Masa tu nampak jelas berbeza,
20 tahun dulu Orang Malaysia nampak muka mereka Tenang,
Periang, segar, Ceria dan kerja pun boleh bertangguh..
Tiada apa yang di kejarkan kerana semuanya dirasakan cukup
dan ada yang terasa mewah dan berlebihan.
Tapi hari ini Abang Long tengok Orang Kita (Orang Malaysia)
sama apa yang Abang Long tengok Orang Korea 20 tahun dulu,
Hari ini Nampak mereka keletihan,
Mata merah macam tak cukup rehat,
Nampak macam orang yang kebimbangan
Tak ramai yang kelihatan senyum dan gembira..
Terutama bila sampai di kaunter bayaran...
Kerana semuanya sudah mahal,
Kerana terasa duit semakin kecil nilaininya..
Terasa gaji yang diterima tak berbaloi,
Keluh Resah..
Kerana Esok akan bekerja lagi..
Esok akan hantar anak kesekolah lagi..
Esok akan menghadap Bos lagi..
Esok mungkin dimarah Bos Lagi..
Esok mungkin harga barang naik lagi..
Esok mungkin kena Overtime lagi..
Esok mungkin tak sempat nak makan dengan anak isteri lagi..
Esok mungkin akan "Jam" lagi..
Mungkin harga minyak naik lagi..
Mungkin Tambang naik lagi..
Mungkin harga ikan di pasar naik lagi..
Entahlah..
Memang sekarang dah Lain.
Tak seperti yang Dulu Lagi.
Thursday, June 12, 2008
Gaji Dua kali sebulan..??
(Iklankan perniagaan anda disini)
Adakah dengan membayar gaji dua kali sebulan akan membantu kaki tangan kerajaan menyelesaikan masaalah kenaikkan harga barang ...apa rasionalnya..?
Dulu banyak syarikat swasta (kilang) yang membayar gaji dua kali sebulan tetapi telah menukar kepada sebulan sekali.. Tindakan ini diambil untuk memudahkan dan mengurangkan kesilapan dibahagian payroll. Ada juga yang berpendapat setelah bertukar ke sistem gaji satu bulan sekali, pekerja mendapat lebih kepuasan kerana menerima jumlah wang yang lebih besar jumlahnya dan mampu membuat perancangan perbelajaan keluarga lebih teratur. Budaya berjimat cermat juga dapat di semai dan dapat membantu pekerja merancang untuk menyimpan juga lebih teratur serta lebih berdisiplin untuk berbelanja.
Abang Long : Saya rasa ..Sistem Bayar Gaji dua kali sebulan , tidak mampu memberi kebaikkan seperti yang disangka malah saya melihat tindakan ini satu tindakan yang mengundur kebelakang..
- Nampaknya Bahagian Payroll lepas ni kenalah tambah orang atau kena kerja lebih masa..
Tuesday, June 10, 2008
Barang & Bil NAIK tapi UNTUNG mereka juga NAIK

Revenue jumped 10% to RM184.1bil from RM167.4bil while shareholders' funds improved 16.3% to RM170.9bil. Of the total revenue, RM67.6bil came from abroad, exports added RM73.4bil and domestic operations contributed RM43.1bil.... more http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/29/business/18166257&sec=business
Tenaga, which produces two-thirds of Malaysia's power needs and has a distribution monopoly, reported an 88 percent on-year surge in net profit to 4.06 billion ringgit (US$1.3 billion; 0.84 billion) for the fiscal year ended August 2007 due to strong sales. Che Khalib said about 59 percent of household consumers, who uses less than 200 kilowatt hour of electricity a month, won't be affected by the higher tariffs if they maintain consumption at that level… more..
http://in.news.yahoo.com/associatedpress/20080605/r_t_ap_bs/tbs-malaysian-power-firm-tenaga-expects-3289243.html
Proton posted fourth-quarter net profit of 236.4 million ringgit ($73.37 million) against a net profit of 915,000 ringgit a year ago. In 2007, the firm posted a net profit of 202.9 million ringgit for the year against a loss of 589.5 million ringgit. More..
http://in.reuters.com/article/asiaCompanyAndMarkets/idINKLA00757520080526
TELEKOM MALAYSIA BOOKS 9.2 PCT JUMP IN Q1 NET PROFIT
http://goliath.ecnext.com/coms2/summary_0199-6508850_ITM
PEB Group’s financial results continue to improve with a profit before taxation (“PBT”) of RM1,108 million for the year ended 31 December 2006, on the back of high toll collection of RM1,691 million. The Group’s PBT was RM36 million higher than the year 2005… more
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/AnnWeb.nsf/335d6c2965168ebd48256aa9002f7597/482568ad00295d074825728f0076b8c0/$FILE/PEB%204Q%202006%20Press%20Release.pdf
Saturday, June 07, 2008
Hari Keputeraan Yang dipertuan Agung
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (22 Januari 1962 - ) adalah Sultan Terengganu yang ke-16. Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006.Friday, June 06, 2008
Minyak oh Minyak...
sebelum 1990 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
(05/06/2008) - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )
dalam masa 18 tahun harga minyak naik sebanyak rm1.81...lebih dari 200%!!!
Terbaca pula komen Tun Dr Mahathir dalam Blognya..
Malaysia mengeluar lebih kurang 650,000 tong minyak sehari.
Kita guna 400,000 tong dan selebihnya 250,000 tong di export.
Tiga tahun lalu minyak mentah dijual pada kadar USD30 satu tong.
Hari ini ianya USD130 – kenaikan sebanyak USD100.
Hampir tiada peningkatan di dalam kos pengeluaran oleh itu lebihan USD100
boleh dianggap untung bersih.250,000 tong yang dieksport sepatutnya memberi kita
pulangan 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (Dua puluh tujuh bilion
Ringgit).
Tetapi Petronas untung lebih RM70 billion, yang kesemuanya milik Kerajaan.
Kerajaan ini melimpah dengan wang
Bagaimana pula pendapat anda..?
Oh ya satu lagi fakta yang abang long baca hari ini..Tolong sahkan jika anda tahu..Perbandingan harga di negara pengeluar minyak...( Jangan lah banding ngan S'pore ke Korea ke..)
UAE– RM1.19/liter; Eygpt– RM1.03/liter ;Bahrain– RM0.87/liter ; Qatar– RM0.68/liter ; Kuwait– RM0.67/liter ; Saudi Arabia– RM0.38/liter ; Iran– RM0.35/liter ; Nigeria– RM0.32/liter ; Turkmenistan– RM0.25/liter ; Venezuela– RM0.16/liter ; Malaysia-RM2.70/liter
Apa PULA PAK LAH KATA.... “Tinggi-tinggilah, tapi taklah tinggi sangat…walaupun harga naik kita beri rebet…itu mengurangkan beban… membantulah juga ,” itulah penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Agendadaily ketika ditanya tidakkah keputusan kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak RM0.78 itu terlalu tinggi. Menurut Abdullah, sebelum kerajaan mengambil keputusan tersebut, kerajaan telah mengambil kira pelbagai faktor khususnya yang membabitkan kepentingan golongan berpendapatan rendah serta peniaga-peniaga kecil .
(GAMBAR dan BERITA DARI AGENDA DAILY)
Thursday, June 05, 2008
Minyak Naik 78 sen seliter..

PUTRAJAYA, 4 Jun (Bernama) -- Berkuatkuasa tengah malam Rabu harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Wednesday, June 04, 2008
Ais dan Air Sejuk boleh jadi penawar ...?

Oleh chekamala
""Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
Abang Long : Abang Long pernah dengar, orang yang tinggal di Negara 4 musim (ada musim salji) mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal lebih baik dan Ikan yang datang dari kawasan perairan bersuhu panas tidak sesuai dimakan "Mentah"..
Tuesday, May 27, 2008
Uniform sekolah nampak sexy...?
Monday, May 26, 2008
Tips Keluarga Bahagia
Tips Rumahtangga Yang Bercirikan Syurga
1)Meningkatkan ilmu pengetahuan pada seisi rumah itu.
2)Penghayatan agama yang berterusan.
3)Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
4)Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
5)Komunikasi yang cemerlang.
6)Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
7)Suasana rumahtangga yang selesa.
Tips Komunikasi ke Arah Meningkatkan
Kasih Sayang Berkekalan
1)Berkongsi impian dan tugasan di rumah.
2)Tidak mudah dan tidak sesekali merasa kecewa walaupun menempuh cabaran dan masalah dalam rumahtangga.
3)Tidak berdendam-kesumat antara satu sama lain.
4)Sentiasa memohon maaf dan memaafkan kesilapan masing-masing.
5)Sentiasa mencari emas dalam diri pasangan.
6)Menganggap pasangan sebagai kawan yang paling akrab.
7)Sentiasa bersolat jemaah dan saling doa mendoakan pasangan.
8)Berterus terang mengenai perselisihan yang kecil untuk mengelakkan konflik yang lebih besar.
9)Mencari perubahan untuk merangsang perubahan dalam rumahtangga.
Tips Komunikasi Keluarga Cemerlang
1)Berkongsi melakukan tugasan di rumah
2)Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli kelaurga atau sebelum membuat keputusan yang memberi kesan kepada keluarga
3)Menggunakan humor yang bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh konflik yang mungkin berlaku.
4)Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
5)Makan malam bersama.
6)Beribadah secara berjemaah.
7)Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.
Tips Komunikasi Cemerlang, Gemilang, Terbilang Pasangan Suami Isteri
1)Berdoa kepada Allah S.W.T untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
2)Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
3)Berlatih untuk menjadi pendengar yang baik.
4)Memberi pujian kepada pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakan kepada perubahan yang cuba dibuat oleh pasangan.
5)Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati
6)Ucapkan kata-kata syang atau romantik dua kali sehari.
7)Memberi perhatian terhadap perkara yang disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
8)Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
9)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yang diberikan oleh pasangan.
10)Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.
Artikel ini dibaca dari:
http://rumahkusyurgaku.melaka.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=25&Itemid=39
Gelang Bermagnet
"Gelang bermagnet yang semakin popular dipakai lelaki dengan niat membaiki kesihatan harus memenuhi empat syarat, kata ketua penolong mufti Perak, Zamri Hashim.Syarat-syarat tersebut:
- pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,
- pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.
- gelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.
- jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.
Menurut Bernama, pandangan ketua penolong mufti diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perak."
Friday, May 23, 2008
10 paling kaya di Malaysia
Senarai orang terkaya di Malaysia1.Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
2.Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
3.Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
4.Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
5.Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
6.Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
7.Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
8.Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
9.Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
10.Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
KUALA LUMPUR: Nilai kekayaan terkumpul 40 individu paling kaya di Malaysia tahun ini ialah AS$46 bilion (kira-kira RM150 bilion), meningkat AS$3 bilion (kira-kira RM9.8 bilion) daripada tahun lalu. Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu berkenaan adalah kira-kira 30 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tahun lalu sebanyak RM503.1 bilion dan lebih tinggi daripada hasil Kerajaan Persekutuan tahun lalu yang berjumlah RM141.8 bilion......Sementara itu, lapan ahli perniagaan Melayu turut berada dalam senarai '40 Paling Kaya di Malaysia', didahului oleh Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary. Beliau berada di tempat kelapan senarai itu dengan nilai kekayaan AS$1.8 bilion.

......Turut berada dalam senarai itu ialah Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim (AS$700 juta) yang berada di tempat ke-11;
Siapa tahu kita juga jadi kaya satu masa nanti...Insya Allah..kerana diantara mereka yang tersenarai jadi kaya juga pernah lebih susah dari kita satu ketika dahulu..
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, saya pernah dengar kisahnya ketika beliau masih kecil. Di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!


