Sunday, December 26, 2004

Berubah

Jika kita inginkan mencapai sesuatu kejayaan..maka kita harus berubah dari keadaan kita yang kurang baik kepada yang lebih baik.Untuk berubah dua perkara penting yang harus kita ingat :
1)Jujur kepada diri sendiri- bersedia dan mengenali kelemahan diri yang perlu kita tangani untuk berubah dan mencapai impian kita sebelum kita menggariskan panduan kepada diri kita untuk berubah
2)Mempercepatkan tindakan - bertindak dengan bersungguh-sungguh dan menghayati setiap tindak tanduk kita untuk berubah supaya kita tidak ketinggalan dari dunia luar dan pesaing kita yang juga turut terus berubah.

Allah hu alam.

Thursday, December 09, 2004

Sepuluh orang

Sahabat-sahabatku,

TAZKIRAH SEBELUM AJAL
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan darikubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAKDUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw :
"Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat
yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" "mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadithRasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAKREPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati.

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa "dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
" Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
SurahAl-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama .

Doa Ikan Nun

============

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN "


TERUSKAN KE 10 ORANG, ALLAH AKAN MEMECAHKAN SEMUA KESULITANMU, INSYA ALLAH...

Sunday, December 05, 2004

Kematian Di Thailand: Hasil Siasatan Kritikal

Kematian Di Thailand: Hasil Siasatan Kritikal
Cara Perdana Menteri Thai, Thaksin Sinawatra mengendalikan siasatan mengenai akibat demosnstrasi di Tak Bai akan menentukan samada ketegangan dan keganasan akan merebak dan samada hubungan di antara Thailand dengan jiran-jirannya akan terjejas atau tidak.

Pihak tentera telah mematahkan satu demonstrasi di luar balai polis Tak Bai, selatan Thailand, menahan lebih 1000 orang awam, menyumbatkan mereka di dalam trak dengan menindihkan mereka antara satu sama lain dan memandu trak tersebut selama enam jam. Tujuh puluh lapan orang daripada mereka yang ditahan itu telah terbunuh..baca lagi

Lagi Berita dan Hal yang berkaitan :
Tak Bai: Nyawa umat Islam hanya RM18.57
Thaksin harus perjelas isu Tak Bai

Thursday, December 02, 2004

17 kesalahan berkaitan sembahyang

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti. Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu sebaliknya.
Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

1-Meninggalkan sembahyang.
Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.
Allah berfirman bermaksud:
"Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang yang mendirikan solat."
(Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda:
"Perjanjian antara kami dengan mereka adalah solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir."
(Hadis riwayat Ahmad dan lainnya).

2-Melengah-lengahkan solat.
Firman Allah bermaksud :
“Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman dalam waktu yang sudah ditentukan."
(Surah an-Nisa, ayat 103)
Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah berdosa besar.
Rasulullah bersabda:
"Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan (hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit."
(Hadis riwayat Muslim).

3-Meninggalkan solat berjemaah.
Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud:
"Siapa yang mendengarkan seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali kerana uzur."
(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Allah berfirman, maksudnya:
"Dan rukuklah bersama orang yang rukuk.” >(Surah al-Baqarah, ayat 43).
Rasulullah bersabda:
"Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka."
(Muttafaq Alaih).

4-Tidak thuma'ninah dalam solat.
Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua sujud.
Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.

5-Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.

6-Mendahului atau menyelisihi imam.
Hal ini boleh menyebabkan solat batal.Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti, kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian rukuk sampai dia rukuk..."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7-Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari salam kedua.

8-Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika solat. Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya:
"Hendaklah orangmu berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka."
(Hadis riwayat Muslim).
"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah suatu kebinasaan."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

9-Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat. Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.

10-Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan.
Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab: "Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi kedua-dua telapak kakinya."

11-Melintas di depan orang yang sedang solat.
Rasulullah bersabda:
"Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih baik baginya daripada melintas di depannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

12-Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.
Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.

13-Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.
Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika itu sedang duduk, sujud atau lainnya.
Rasulullah bersabda:
"Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud, maka sujudlah!"
(Hadis riwayat Abu Daud).

14-Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton televisyen dan bersembang.
Allah berfirman, maksudnya:
"Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan demikian maka mereka itulah orang yang rugi."
(Surah al-Munafiqun, ayat 9).

15- Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan memejamkan mata.
Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak makruh.

16-Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

17-Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."
(Muttafaq Alaih)