Saturday, November 20, 2004

7 perhentian


Abang long belum lagi tengok cerita ni..tapi cerita dah hebuh di sana sini..Seperti yang sudah diduga filem melayu kita akan lebih hebat dari apa kita pernah saksikan sebelum ini..Maksud Abang Long bukan dari segi kualiti perfilemannya tapi dari segi aksi lucahnya..Masa Abang Long kecik-kecik dulu tak pernah nampak anak dara melayu (Islam) yang sanggup berpegangan tangan di tempat awam.Apatah lagi isteri orang bercium dengan orang lain..

Cuba baca ni...yang dia siarkan di Bipop Online..

ADEGAN kononnya Farid 'bercium' dengan Erra Fazira dalam 7 Perhentian begitu disensasikan hingga keluar berita suami Erra, Yusry berkecil hati dengan babak itu. Bagaimana Farid menangani situasi itu?

Suka saya tegaskan, ia hanya salah satu adegan dalam filem itu dan ciuman itu tidak pernah berlaku. Ia nampak realistik kerana menggunakan teknik kamera iaitu reverse angle yang menampakkan adegan itu seakan terjadi. Sebagai pelakon baru, saya berharap perkara ini tidak digembar-gemburkan. Saya tertanya-tanya juga kenapa adegan itu yang terlalu diheboh-hebohkan. Pada mulanya saya agak kebingungan juga. Saya harap sebelum mempertikai, tengok dulu filem ini dan kemudian baru beri penilaian. Saya tidak mahu komen banyak dalam hal ini kerana bimbang mengguris hati pihak lain.


Apa kata Pengarah 7 Perhentian, Prof. Madya A. Razak Mohaideen turut mengakui,

``Ini adalah filem lakonan Erra yang paling berani sekali. Erra berjaya melakonkan adegan romantis itu dengan baik. ``Dalam filem ini, saya cuba paparkanwatak Suraya dan Amir sedang bermesra. Penggambaran pula dijalankan pada waktu malam yang sunyi sepi. Adegan romantis itu nampaknya berhasil,''


Apa pula kata Era tentang adegan romantisnya bersama Farid ...
``Itu memang sudah menjadi kerja kita (berlakon). Sebagai pengarah, Razak tahu apa yang dia mahu. Saya berani melakonkan adegan itu walaupun dalam keadaan yang tidak rela. Apa pun, saya sudah melakonkan adegan itu mengikut apa yang dikehendaki oleh pengarah,''


Filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta ini adalah hasil usahasama antara Metrowealth Movies Production, MIG Beats dan GrandBrilliance Sdn. Bhd.

Abang Long :
Astaghfirullah...Lepas ni entah filem apa pulak..yang nak ditayang kepada anak-anak kita..Beginilah kalau tak ada yang berani menegur dan bila ada orang melayu yang sudah mula memisahkan Islam antara keperluan dunia dan akhirat..mengikut peredaran zaman..ada "had" ada "hari"..!!!
Jangan sampai Umat Islam dihina disebabkan perbuatan kita sendiri.Sebagai orang Islam kalau nak berani pun biarlah bertempat..
..



No comments: