Thursday, September 01, 2005

BONSAI TERKECIL DI DUNIA:


Seorang pengunjung, Ferawati Yurawati tertarik dengan bonsai milik Kuah Tee Teong yang dianggap terkecil di dunia dengan ketinggian hanya 12 milimeter (mm) atau setengah inci. Kuah yang amat meminati seni bonsai sejak berusia 17 tahun, percaya bonsai yang dihasilkannya paling kecil di dunia berdasarkan bonsai terkecil setakat ini berukuran 10 sentimeter (sm) atau empat inci. “Bonsai kecil ini tidak boleh lagi membesar kerana tidak ada ruang bagi akarnya tumbuh,” katanya yang mempunyai gerai di bazar Amcorp Mall, Petaling Jaya, dan menyertai pameran sempena Persidangan Alam Sekitar dan Wanita di Putrajaya, semalam. - Berita Harian Online

1 comment:

Anonymous said...

Want to know more about Bosnsai..? Please visit
http://www.bonsaisite.com/index.html