Friday, August 31, 2007

Detik Jam 12 Merdeka ke 50 Malaysia

Video ni diambil dari rumah..Kami tengok TV saja dan kebetulan percikan bunga api jelas boleh dilihat dari tingkap rumah kami... Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !


Thursday, August 23, 2007

Top 10 Money Drains

It's easy to fritter away money on daily expenses. If you fall into these money traps, learn to avoid them and pocket the savings.

1. Coffee -- According to the National Coffee Association, the average price for brewed coffee is $1.38. There are roughly 260 weekdays per year, so buying one coffee every weekday morning costs almost $360 per year.

2. Cigarettes -- The Campaign for Tobacco Free Kids reports that the average price for a pack of cigarettes in the United States is $4.54. Pack-a-day smokers fork out $1,660 a year. Weekend smoker? Buying a pack once a week adds up, too: $236.

3. Alcohol -- Drink prices vary based on the location. But assuming an average of $5 per beer including tip, buying two beers per day adds up to $3,650 per year. Figure twice that for two mixed drinks a day at the local bar. That's not chump change.

4. Bottled water from convenience stores -- A 20-ounce bottle of Aquafina bottled water costs about $1. One bottle of water per day costs $365 per year. It costs the environment plenty, too.

5. Manicures -- The Day Spa Magazine Price Survey of 2004 found that the average cost of a manicure is $20.53. A weekly manicure sets you back about $1,068 per year.

6. Car washes -- The average cost for a basic auto detailing package is $58, according to Costhelper.com. The tab for getting your car detailed every two months: $348 per year.

7. Weekday lunches out -- $9 will generally cover a decent lunch most work days. If you buy rather than pack a lunch five days a week for one year, you shell out about $2,350 a year.

8. Vending machines snacks -- The average vending machine snack costs $1. Buy a pack of cookies every afternoon at work and pay $260 per year.

9. Interest charges on credit card bills -- According to a survey released at the end of May 2007, the median amount of credit card debt carried by Americans is $6,600. Rate tables on Bankrate.com indicate that fixed interest rates on a standard card average 13.44 percent. Making the minimum payment each month, it will take 250 months (almost 21 years) to pay off the debt and cost $4,868 in interest. Ouch!

10. Unused memberships -- Costhelper.com reports that the monthly service fee at gyms averages between $35 and $40. At $40 per month, an unused gym membership runs $480 per year.

Cut & Paste from http://finance.yahoo.com/banking-budgeting/article/103379/Top-10-Money-Drains#1

Tuesday, August 21, 2007

Summer in Korea...

Bila melihat gambar diatas saya teringat kisah 17 tahun dulu semasa saya membawa sekumpulan pelatih ke Korea (Pusan) utk latihan industri. Kebetulan masa tu musim panas. Kami dibawa ke pantai untuk mandi laut...Dia agak keciwa kerana tak seorang pun diantara kami yang nak mandi ...Dalam hati saya...Alangkah beruntung saya jadi rakyat Malaysia..

Friday, August 17, 2007

Rama-rama

RAMA-RAMA
S Fauzan /
Azam Dungun EMI MusicPublishing Malaysia Sdn Bhd /
Luncai Emas Sdn Bhd

Seumpama
rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama

Ekspresi dirimu
menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah
melihat telatah
manusia yang sering telagah

Ekspidisi ini
bagai tiada hentikan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi
terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti
satu fitrah hati
kerana yang sejati
tiada kekal lagi
terbanglah ke sini
mencari abadi
terbanglah ke mari
mencari hakiki

Seumpama
rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.

Thursday, August 16, 2007

Selamat menyambut 50 tahun Malaysia Merdeka !!!




Pada tahun 1946, Inggeris kembali berkuasa di Tanah Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan mengundurkan tenteranya. Namun rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun yang zalim dan kejam begitu menghantui.
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.
Pada tahun 1946, Datuk Onn Jaafar telah menubuhkan satu kongres bagi semua kumpulan dan pertubuhan politik Melayu di Tanah Melayu. Kongres ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada Mac 1946. Dalam kongres tersebut, satu kata sepakat telah dicapai bagi membentuk sebuah parti politik sebagai wakil seluruh orang-orang Melayu di Semenanjung. Hasilnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah dibentuk. Bermula dari situ satu usaha ke arah memperjuangkan kemerdekaan Malaya telah tercetus dan akhirnya ke arah pembentukan negara Malaysia. Dengan beberapa barisan pejuang yang berjiwa kental yang antaranya terdiri dari Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, dan Tun Hussein Onn, maka pada 31 Ogos 1957 negara tercinta Malaysia telah menyaksikan satu detik bersejarah dengan penurunan bendera Union Jack di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai tanda berakhirnya sebuah penjajahan British di Tanah Melayu.

Wednesday, August 15, 2007

Ready to Quit Smoking???








Tobacco can damage cells in the lining of the oral cavity and upper throat. Smokers are much more likely to develop oral or upper throat cancers than nonsmokers are. About 90 percent of people who develop these cancers use some form of tobacco. Tobacco use is more prevalent among men, so oral cancer is more common in men than in women.
People who use smokeless or chewing tobacco are at even higher risk of cancers of the cheek and inner surface of the lips. Aside from oral and throat cancers, using smokeless tobacco can cause other serious health problems, including other cancers, gum disease and possibly cardiovascular disease.




Tuesday, August 14, 2007

Hari ke 12 tidak merokok!!

Mula menghisap rokok sejak tahun 1980....Cubaan berhenti kali ketiga..MAMPUKAH saya melakukannya..? Tepuk dada tanya selera...semuanya kita yang menentukan sendiri..
"Kita harus mampu mengawal diri kita sendiri"


TABIAT MEROKOK: KESAN DAN AKIBATNYA

Pengenalan

Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.

Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.

Hadith Rasullullah s.a.w. :

1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)

2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)

3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)

Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.

Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang di sekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.

Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan

- Lebih terdedah kepada kanser

- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah

- Mendapat jangkitan paru-paru

- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu

- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Faedah Berhenti Merokok

- Hidup lebih lama

- Dapat menghindari racun

- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok

- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak

- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat - Meningkatkan deria rasa dan bau

- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok

- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok

- Yakinkan diri - Buat nota peringatan

- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"

- Tumpukan pada hari ini- Sentiasa berfikiran positif

- Dapatkan sokongan

- Lawan keinginan untuk merokok

- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai

- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok

01. Melengah-lengah

02. Minum banyak air

03. Menarik nafas panjang

04. Membuat sesuatu

05. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok

06. Mengunyah sesuatu

07. Membasuh tangan

08. Mandi dengan kerap

09. Melakukan senaman rengangan

10. Memohon doa

Firman Allah S.W.T. dalam surah ar-Ra'd ayat 11 bermaksud"

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Memang agak sukar bagi mereka yang sudah menjadikan tabiat merokok sebagai salah satu gaya hidup untuk terus berhenti. Namun begitu jika ada keazaman dan kesungguhan impian untuk berhenti merokok pasti menjadi kenyataan.

Bak kata pepatah melayu

"Di Mana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan".

"Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Rujukan: - Pusat Racun Negara, USM Official Website -

Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website -

Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website - IKIM Dalam Media - Berita Harian - Sabahan.net - geocities.com/sihat2u4u - Persendirian
Sumber ( dengan sedikit pindaan) : http://al-qayyim.net/home/

Juga sila lawati:

http://darulkautsar.com/fatwaqardawi/rokok.htm



Monday, August 13, 2007

Iklan Penaja




Penduduk Malaysia...

Tahu kah anda ??....Jumlah pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini kini lebih ramai daripada masyarakat India, iaitu kaum ketiga terbesar di Malaysia.Berdasarkan statistik sehingga 30 Jun lalu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Bahagian Perangkaan Demografi Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah pekerja asing mencecah 1.91 juta manakala masyarakat India 1.88 juta.
Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.Malah, menurut sumber Bahagian Perangkaan Demografi, pertambahan penduduk India di negara ini agak perlahan berikutan beberapa faktor termasuk pengurangan tahap kesuburan wanita dan perkahwinan dalam usia lewat.Pertambahan pekerja asing pula dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang, sedangkan masyarakat India ketika itu hanya seramai 1.93 juta.Kenyataan itu disokong statistik Jabatan Imigresen yang menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 orang setiap bulan dan dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.
Unjuran itu juga menunjukkan penduduk Malaysia kini berjumlah 27.17 juta orang dengan masyarakat Melayu masih menjadi kaum majoriti, iaitu 13.77 juta, Bumiputera lain (2.9 juta), Cina (6.3 juta), India (1.88 juta), lain-lain (326,000) dan bukan warga negara atau pekerja asing (1.91 juta).Pada 2009 pula penduduk negara ini dijangka meningkat kepada 28.306 juta orang dengan masyarakat Melayu berjumlah 14.409 juta, Bumiputera lain (3.128 juta), Cina (6.437 juta), India (1.939 juta), lain-lain (340,000) dan bukan warga negara atau pekerja asing (2.051 juta).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.