Saturday, November 06, 2010

Surah Al Imran - ayat 26 dan 27



بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيْمِ

قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَآءُ
وَتُذِ لُّ مَنْ تَشَآءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلى كَلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

(قُلِ الَّلهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَآءُ)
"Katakanlah: Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki." Maksudnya, Engkaulah yang mempunyai kuasa pemerintahan terhadap semua ciptaanMu dan Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki di antara makhluk-makhlukMu.

(وَتَنْـزِعُ الْـمُلْكَ مـِمَّنْ تَشَـآ وَتُـعِزُّ مَـنْ تَشّـآءُ)
"Dan Engkau mencabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki." Iaitu dengan memberinya kemuliaan itu.

(وَتُــذِلُّ مَــنْ تَشَــآءُ)"
Dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.; Iaitu dengan mencabut kemuliaan darinya.
(بِــيَــدِكَ الْــخَيْــرُ)
"Di tangan Engkaulah segala kebajikan
(إِنَّــكَ عَــلَى كُــلِّ شَـــيْءٍ قَــدِيْــرٌ)
" Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa atas segala sesuatu.

تُــولِجُ الَّــيْـلَ فِــي النَّــهَا رِ وَتُــولِــجُ الــنَّهَــارَ فِــى الَّيْــلِ وَتُــخْــرِجُ الْــحَيَّ مِــنَ الْمــيِّتِ وَتُخْــرِجُ الْــمَيِّــتَ مِــنَ الْحَــىِّ
وَتَــرْزُقُ مَــنْ تَــشَــآءُ بِــغَيْــرِ حِسَـــابٍ

(تُــوالَّجُ الَّـــيْلَ فِــى النَّـــهَارِ وَتُــولِــجُ النَّــهَـــارَفِــى الـَّيْــلِ)
"Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam." Maksudnya Tuhan mengambil waktu dari yang berwaktu panjang, lalu menambahkannya ke dalam yang berwaktu pendek sehingga waktu siang dan malam menjadi seimbang.

(وَتُــخْــرِجُ الْــحَــيَّ مِــنَ الْمَــيِّتِ)
"Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati." Misalnya, manusia dari sperma, burung dari telurnya, tanaman dari biji-bijian dan seumpamanya.
(وَتُــخْرِجُ الْمَــيِّـتَ مِــنَ الْــحَــىِّ)
"Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup." Seperti sperma dari manusia, telur dari burung, biji-bijian dari tanaman.

(وَتَــرْزُقُ مَــنْ تَشَــآءُ بِــغَــيْــرِ حِــسَابٍ)
"Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki sehingga tak terhitung." Iaitu kurniaan rezeki yang luas dan amat banyak.

No comments: