Monday, December 31, 2007
Tuesday, December 25, 2007
Wednesday, December 12, 2007
Semarakkan rasa kasih sayang
Padamkan api kebencian yang tiada kesudahannya. Malah ia seperti orang sakit yang tidak mahu disembuhkan. Semarakan kasih sayang kita buat setiap insan yang berada disekeliling. Kerna ia madu setiap duka. Hargailah nilai itu kerna apabila ia hilang, tika itu barulah kita tahu betapa sengsaranya hidup tanpanya.
http://en.netlog.com/Ganoexcelmalaysia
Friday, December 07, 2007
Kemarahan => kekesalan
Putus asa ?
(petikan dari http://www.izoblog.com/kata-kata-hikmah/kata-kata-hikmah)
-------------------------------------------------------------------------
Friday, November 30, 2007
Orang Lemah Vs Orang Kuat
Thursday, November 29, 2007
3 jenis manusia
Tuesday, October 16, 2007
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1428H
Sila klik disini untuk ke jamuan Hari Raya..
http://www.fotopages.com/cgi-bin/account.pl?page=2
Friday, October 05, 2007
Tuesday, October 02, 2007
Thursday, September 27, 2007
Salam Aidil Fitri
Monday, September 24, 2007
Ibadah Solah
"Sesungguhnya satu hari disisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitungan kamu"Firman Allah SWT - Al-Haj :Ayat 47
"Kita perlu hidup selama 2400 Tahun untuk menyamai pahala menginap diMekah selama 8 hari" - Petikan Buku Bagaimana mendapat pahala 7000 tahun - m/s 36/berkaitan Solat - Disusun oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi --- GAMBAR HIASAN: MESJID PUTRA JAYA MALAYSIA
Tuesday, September 11, 2007
Ramadhan yang di tunggu...
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Friday, August 31, 2007
Detik Jam 12 Merdeka ke 50 Malaysia
Video ni diambil dari rumah..Kami tengok TV saja dan kebetulan percikan bunga api jelas boleh dilihat dari tingkap rumah kami... Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Thursday, August 23, 2007
Top 10 Money Drains
1. Coffee -- According to the National Coffee Association, the average price for brewed coffee is $1.38. There are roughly 260 weekdays per year, so buying one coffee every weekday morning costs almost $360 per year.
2. Cigarettes -- The Campaign for Tobacco Free Kids reports that the average price for a pack of cigarettes in the United States is $4.54. Pack-a-day smokers fork out $1,660 a year. Weekend smoker? Buying a pack once a week adds up, too: $236.
3. Alcohol -- Drink prices vary based on the location. But assuming an average of $5 per beer including tip, buying two beers per day adds up to $3,650 per year. Figure twice that for two mixed drinks a day at the local bar. That's not chump change.
4. Bottled water from convenience stores -- A 20-ounce bottle of Aquafina bottled water costs about $1. One bottle of water per day costs $365 per year. It costs the environment plenty, too.
5. Manicures -- The Day Spa Magazine Price Survey of 2004 found that the average cost of a manicure is $20.53. A weekly manicure sets you back about $1,068 per year.
6. Car washes -- The average cost for a basic auto detailing package is $58, according to Costhelper.com. The tab for getting your car detailed every two months: $348 per year.
7. Weekday lunches out -- $9 will generally cover a decent lunch most work days. If you buy rather than pack a lunch five days a week for one year, you shell out about $2,350 a year.
8. Vending machines snacks -- The average vending machine snack costs $1. Buy a pack of cookies every afternoon at work and pay $260 per year.
9. Interest charges on credit card bills -- According to a survey released at the end of May 2007, the median amount of credit card debt carried by Americans is $6,600. Rate tables on Bankrate.com indicate that fixed interest rates on a standard card average 13.44 percent. Making the minimum payment each month, it will take 250 months (almost 21 years) to pay off the debt and cost $4,868 in interest. Ouch!
10. Unused memberships -- Costhelper.com reports that the monthly service fee at gyms averages between $35 and $40. At $40 per month, an unused gym membership runs $480 per year.
Cut & Paste from http://finance.yahoo.com/banking-budgeting/article/103379/Top-10-Money-Drains#1
Tuesday, August 21, 2007
Summer in Korea...
Friday, August 17, 2007
Rama-rama
S Fauzan /
Azam Dungun EMI MusicPublishing Malaysia Sdn Bhd /
Luncai Emas Sdn Bhd
Seumpama
rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai suka-suka
riang ria tanpa ada
rasa duka sengketa
rama-rama
Ekspresi dirimu
menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah
melihat telatah
manusia yang sering telagah
Ekspidisi ini
bagai tiada hentikan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi
terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani
Terminal yang pasti
satu fitrah hati
kerana yang sejati
tiada kekal lagi
terbanglah ke sini
mencari abadi
terbanglah ke mari
mencari hakiki
Seumpama
rama-rama
melewati panorama
yang penuh warna warni
taman bunga taman damai
dengan aksi lincah
berputik hidup yang harmoni
rama-rama.
Thursday, August 16, 2007
Selamat menyambut 50 tahun Malaysia Merdeka !!!
Inggeris telah mengatur rancangan membentuk Malayan Union di Tanah Melayu. Sir Edward Gent, telah dihantar untuk menerajui Malayan Union yang pertama. Beliau telah mengangkat sumpah untuk jawatan tersebut di Kuala Lumpur. Rakyat menolak penubuhan Malayan Union malah juga ditentang oleh Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu dan rakyat tempatan mula menentang upacara itu dan berkabung selama satu minggu.
Wednesday, August 15, 2007
Ready to Quit Smoking???
People who use smokeless or chewing tobacco are at even higher risk of cancers of the cheek and inner surface of the lips. Aside from oral and throat cancers, using smokeless tobacco can cause other serious health problems, including other cancers, gum disease and possibly cardiovascular disease.
Tuesday, August 14, 2007
Hari ke 12 tidak merokok!!
TABIAT MEROKOK: KESAN DAN AKIBATNYA
Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di kalangan masyarakat beratus tahun terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpenggaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang di sekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan.
Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat - Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri - Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Petua 10 M Untuk Berhenti Merokok
01. Melengah-lengah
02. Minum banyak air
03. Menarik nafas panjang
04. Membuat sesuatu
05. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
06. Mengunyah sesuatu
07. Membasuh tangan
08. Mandi dengan kerap
09. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa
Firman Allah S.W.T. dalam surah ar-Ra'd ayat 11 bermaksud"
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
Memang agak sukar bagi mereka yang sudah menjadikan tabiat merokok sebagai salah satu gaya hidup untuk terus berhenti. Namun begitu jika ada keazaman dan kesungguhan impian untuk berhenti merokok pasti menjadi kenyataan.
Bak kata pepatah melayu
"Di Mana Ada Kemahuan, Disitu Ada Jalan".
"Setiap Sedutan, Membawa Padah"
Rujukan: - Pusat Racun Negara, USM Official Website -
Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website -
Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website - IKIM Dalam Media - Berita Harian - Sabahan.net - geocities.com/sihat2u4u - Persendirian
Sumber ( dengan sedikit pindaan) : http://al-qayyim.net/home/
Juga sila lawati:
http://darulkautsar.com/fatwaqardawi/rokok.htm
Monday, August 13, 2007
Penduduk Malaysia...
Jumlah itu tidak termasuk lebih 400,000 pendatang asing yang dipercayai memasuki negara ini secara haram serta hampir 10,000 tahanan di depoh imigresen.Malah, menurut sumber Bahagian Perangkaan Demografi, pertambahan penduduk India di negara ini agak perlahan berikutan beberapa faktor termasuk pengurangan tahap kesuburan wanita dan perkahwinan dalam usia lewat.Pertambahan pekerja asing pula dijangka meningkat secara mendadak berikutan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Statistik unjuran kadar pertambahan penduduk menunjukkan menjelang 2009 pekerja asing di negara ini akan melebihi dua juta orang, sedangkan masyarakat India ketika itu hanya seramai 1.93 juta.Kenyataan itu disokong statistik Jabatan Imigresen yang menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 orang setiap bulan dan dijangka terus meningkat dari semasa ke semasa.
Unjuran itu juga menunjukkan penduduk Malaysia kini berjumlah 27.17 juta orang dengan masyarakat Melayu masih menjadi kaum majoriti, iaitu 13.77 juta, Bumiputera lain (2.9 juta), Cina (6.3 juta), India (1.88 juta), lain-lain (326,000) dan bukan warga negara atau pekerja asing (1.91 juta).Pada 2009 pula penduduk negara ini dijangka meningkat kepada 28.306 juta orang dengan masyarakat Melayu berjumlah 14.409 juta, Bumiputera lain (3.128 juta), Cina (6.437 juta), India (1.939 juta), lain-lain (340,000) dan bukan warga negara atau pekerja asing (2.051 juta).
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pertambahan pekerja asing memang tidak dapat dielakkan, terutama dalam RMK-9 yang memerlukan lebih 1.2 juta pekerja baru bagi memastikan semua sektor dapat digerakkan dengan lancar.
Friday, June 29, 2007
Thursday, June 28, 2007
My New Camera - Sony Cyber-shot DSC-G1
Tuesday, January 30, 2007
10 Muharam
Oleh Wan Marzuki Wan Ramli
Banyak peristiwa besar berlaku pada 10 Muharam dan digalak ganda perkara sunatBANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharam yang menunjukkan kebesaran Allah. Antara peristiwa itu adalah Allah menerima taubat Nabi Adam, Allah menyelamatkan Nabi Musa daripada tenggelam di laut apabila dikejar Firaun dan tenteranya serta Allah selamatkan Nabi Ibrahim daripada dibakar hidup-hidup oleh Raja Namrud.
Pada tarikh itu juga Allah menyelamatkan Nabi Nuh dan pengikutnya daripada ombak besar yang melanda bumi dan Allah menyelamatkan Nabi Yunus yang tidak henti berzikir selama 40 hari dalam perut ikan nun.
Justeru, hari yang dinamakan Hari Asyura itu sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk menempuh tahun baru 1428 Hijrah dengan memperbanyakkan amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.Amalan baik dianjurkan pada 10 Muharam tidak terhad kepada puasa sunat dan memasak bubur Asyura.
Apa juga amalan baik boleh dilakukan pada hari itu dan hari seterusnya pada Muharam kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.Masyarakat perlu faham keperluan atau apakah diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti dianjurkan Islam.
Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta. Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik. Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat.
Walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharam, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.Amalan puasa sunat 10 Muharam mengambil iktibar daripada puasa dilakukan Nabi Musa sebaik terselamat daripada dikejar Firaun dan tenteranya, juga puasa Nabi Nuh yang diselamatkan daripada banjir besar.Biarpun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama ada pada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu." Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga pada hari itu.Kebetulan 10 Muharam tahun ini jatuh pada semalam, jadi sebaiknya kita berpuasa semalam dan hari ini atau hari ini dan esok. Ia bagi mengelakkan kita meniru puasa orang Yahudi.Tetapi jika hendak buat semalam saja pun tidak mengapa kerana niat kita lain dengan mereka.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahala seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Akan digantikan kejahatan pada tahun sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu)."Selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memelihara, sebaik-baik penolong, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik memberi pertolongan” atau dengan membaca doa dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.
Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin. Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan meningkatkan iman mereka.
INFO
- Peristiwa penting pada 10 Muharam
- Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
- Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
- Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi d ditenggelamkan selama enam bulan.
- Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
- Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
- Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
- Nabi Isa diangkat ke langit.
- Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
- Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
- Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
- Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Hari pertama Allah mencipta alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan
- Allah menjadikan Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.