ADAKAH KAU BURUNG DI DALAM SANGKAR???
Bebas tetapi TERPENJARA
Di tengah kemewahan si pemelihara
Lemah dan manja…
Selesa dibelai KEBEBASAN DIRANTAI
Tidak boleh terbang tinggi
Tidak boleh berbuat sesuka hati
Hidup mu sepi dan layu
Akal mu lesu dan dungu
Setiap hari kamu di situ
Tidak SEDAR diri terbelenggu
Rakan-rakan mu terbang bebas membelah angkasa
Setiap masa meneroka menambah ilmu di dada
KAU masih di situ….selesa dengan APA YANG ADA
Menyalahkan PEMELIHARA…kononnya punca SEGALA
Diri mu jauh dari BEBAS…
Gerak geri sentiasa terbatas
Akan sentiasa selesa….tidak tahu BERUSAHA
KEMERDEKAAN bagi mu hanya satu ILUSI
Jika KAU BURUNG DI DALAM SANGKAR
Adakah kau mahu terus di situ?
Mengharap yang pipih datang melayang
Yang bulat datang bergolek?
Terus hanyut dengan lemah akal dan kurang usaha?
Jauh dari erti kemerdekaan yang sebenarnya….