Monday, November 28, 2005

Petua pelihara persahabatan


Berikan masa untuk sesebuah persahabatan tumbuh

-- Ia mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk mewujudkan persahabatan yang akrab.

-- Satu daripada sebab mengapa ia mengambil masa sehingga tiga tahun adalah kerana dalam tempoh berkenaan, mereka (sahabat) akan melalui beberapa konfl ik yang dapat menentukan persahabatan itu dapat bertahan atau tidak?.

Petikan buku Friendshifts, tulisan Jan Yager


Komunikasi asas persahabatan

Berbicara adalah komponen utama dalam persahabatan. Bila seorang teman menceritakan idea atau perasaannya, beliau mengharapkan rakan yang mendengar itu memberikan maklum balas. Jika hanya beliau saja yang ba nyak bercakap, beliau akan merasakan seolah-olah rakan yang mendengar itu tidak berminat dengan apa yang disampaikan.


Ya, memang sukar untuk meluangkan masa

Lebih-lebih lagi bila kita begitu sibuk menguruskan kehidupan sendiri. Tapi anda sebenarnya tidak memerlukan masa berjam-jam untuk memastikan hubungan persahabatan terus bertahan.

Pastikan ia berterusan dengan:


Hantar e-mel. Maklumkan atau tanya khabar teman anda melalui e-mel.


Hubungi mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Perbualan telefon tidak semestinya lama.


Sekali-sekala, hantarkan kad atau e-kad kepada mereka. Tidak semestinya menunggu waktu tertentu saja.


Kirimkan gambar. Sekeping gambar menyampaikan 1,001 cerita.


Makan bersama sekurang-kurang sekali dalam sebulan. Lebih kerap lebih bagus.


Rakan Toksik

Seperti toksik, rakan jenis sebegini sememangnya berbahaya kepada kita. Kenal pasti ciri rakan toksik dan jika anda terjebak dengan mereka, cepat-cepat selamatkan diri.


Seseorang yang hanya berkawan dengan seseorang itu, semata-mata untuk kepentingan dirinya atau lebih tepat lagi, mempergunakan rakan berkenaan untuk tujuan tertentu.


Pengkhianat. Tidak ada yang perkara yang lebih memeritkan daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh seorang yang bergelar sahabat.


Ada pula rakan yang terlebih memberi perhatian. Rakan jenis ini suka mengawal apa saja yang kita lakukan, seolah-olah nak menentukan cara hidup kita.


Kritik tak bertempat. Kadangkala kritikan mereka itu boleh menjatuhkan harga diri kita. Dia juga suka mencari kesilapan kita. Ada saja yang tak kena jika berkawan dengan mereka ini.


Pentingkan diri sendiri. Mereka sentiasa tiada masa untuk diluangkan bersama anda. Terlalu sibuk fikirkan hal sendiri.


Rakan ini sering mahu dilihat lebih hebat daripada rakannya. Walaupun persaingan adalah sesuatu yang sihat dalam persahabatan, jika melampaui batasan tetap membawa kemudaratan.


Terlalu bergantung. Rakan jenis ini tidak boleh berenggang dengan temannya. Kalau boleh hendak `berkepit? 24 jam.

1 comment:

Anonymous said...

Nasihat Imam Syafie mencari sahabat


TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi.



Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri.


Mencari sahabat pada waktu susah.

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.

Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.


Pasang surut persahabatan.

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya rodazaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.


Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.