Tuesday, May 06, 2008

Sains & Matematik dalam Bahasa Inngeris

petikan dari Muka surat 8..
"Kedudukan negara-negara dalam pertandingan tahunan Olimpiad Antarabangsa Matematik, Fizik, Kimia dan Biologi juga lebih kurangseperti kedudukan dalam ujian yang tersebut di atas juga, iaitu kedudukan pertama hingga sepuluh 10 digondol oleh negara-negara yang bahasa pengantar sekolahnya dalam bahasa ibundanya. (lihat internet 4). Umpamanya, Olimpiad Matematik Antarabangsa 2002 menintakan Republik China sebagai johan, diikuti oleh Rusia dan Amerika Syarikat, Bulgaria, Vietanam, Korea Selatan, Taiwan, Romania,India (satu-satunya bukan bahasa ibunda), dan Jerman. Olimpiad dalam Fizik 2002 tidak dapat diketahui tetapi dalam 2001, pemenang pertamanya dari Rusia diikuti oleh Iran, Belarus, India,Poland, Republik China, Amerika Syarikat dan Taiwan. Olimpiad dalam Kimia 2002 dimenangi oleh Republik China diikuti oleh India,Poland, Taiwan, Ukrain dan Korea Selatan.."

Klik disini untuk baca semua dalam e-book ini:
http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

Abang Long dulu sekolah dan Belajar Mechanical Engineering di Korea Selatan...Belajar Bahasa Korea dengan mengikuti kursus insentif selama setahun di Korea dan dulu sekolah Abang Long guna 100% bahasa Korea... buku rujukan dan periksa pun jawab guna bahasa korea...Sebenarnya mempelajari Bahasa memerlukan kesungguhan dari kita sendiri..

Banyak juga negara lain seperti korea juga boleh maju tanpa menggunakan Bahasa Inggeris...kenapa kita tak belajar bagaimana cara mereka dan mengapa mereka buat begitu..?

Abang Long rasa.. yang lebih penting kita kena faham apa yang kita belajar...kalau tak faham macam mana kita nak guna dan kembangkan ilmu itu...Satu masaalah lagi..mungkin kita faham tapi susah nak terangkan / nak mengajar kerana penguasaan bahasa kita yang lemah... Bukankah ini merugikan ..?

Bahasa Inggeris itu memanglah penting tapi yang lebih penting ialah memahami dan mengembangkan ilmu yang kita ajar / pelajari .... Apa pula pendapat anda..?

No comments: