Kerana kesibukkan masa Abang Long tidak pernah berpeluang untuk melihat secara dekat Rumah Limas di dataran Teluk Danga . Kebetulan Cuti sekolah tahun ini juga Abang Long juga sibuk dan padat dengan Jadual Kerja dan tidak berpeluang membawa anak-anak pergi jauh untuk bercuti dan makan angin. Jadi Abang Long ambil keputusan bawa anak-anak pergi makan malam di Danga Bay sambil menikmati keindahan hasil seni Rumah Limas tersebut.
Abang Long agak kecewa kerana keadaan suasana didalamnya tidak seperti yang Abang Long sangkakan..Tapak rumah Limas telah dijadikan Tapak perniagaan restoran makanan, perniagaan urut trditional, jual batik dan sebagainya. Pelayannya rata-rata berbangsa asing dan memakai pakaian langsung tidak bercirikan tradisi Melayu dan lebih terharu bila rasa masakannya juga tidak melambangkan masakan tradisi sebenar daerah-daerah yang diwaklili melalui keunikan rumah-rumah tersebut.
Semoga pihak bertanggung jawab mengkaji semula kesan-kesannya terhadap pelancung asing dan juga kesan rakyat tempatan sendiri. Seharusnya nilai tradisi dan warisan itu lebih penting dari nilai komersial.
Gambar hiasan dari http://www.flickr.com/photos/xhaniff/207634297/in/photostream/
No comments:
Post a Comment