Monday, September 05, 2005

Corruption & Economic Freedom Rank..


The 2004 corruption rankings for 133 countries in the World Democracy Audit are listed below.

Country ----- Corruption Rank ------ Democracy Rank----- Economic Freedom

Singapore --- ------ 4 ------------- ----- 78 ----------------------------2


Malaysia --------- -- 33 ----------------- 96 ----------------------------70


Korea, South ------ 41 --------------- 42 -----------------------------45


Thailand ----------- 55 ---------------- 53 -----------------------------71

Read more details at worldaudit.org

1 comment:

Anonymous said...

Daya saing dunia: Malaysia meningkat
KUALA LUMPUR 28 Sept. - Malaysia mencatat peningkatan ketara dari segi persaingan global apabila melompat tujuh anak tangga kepada kedudukan ke-24 dalam Indeks Daya Saing Pertumbuhan (GCI) 2005.

Berdasarkan Laporan Daya Saing Global 2005-2006 yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia, Malaysia memperoleh 4.9 mata GCI pada tahun ini untuk memperbaiki kedudukannya dari tempat ke-31 dalam senarai indeks berkenaan tahun lalu.

Kedudukan ke-24 itu membolehkan Malaysia mengatasi pesaing ketatnya seperti China dan India, masing-masing di tempat ke-49 dan ke-50, serta tiga buah negara maju, Perancis, Itali dan Rusia.

Negara ini turut mengatasi daya saing pertumbuhan negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, kecuali Singapura yang berada di tangga keenam.

Di kalangan ekonomi yang dikenali sebagai Harimau Asia, Malaysia berada di kedudukan yang lebih tinggi berbanding Thailand (ke-36) dan Hong Kong (ke-28) tetapi lebih rendah berbanding Singapura dan Taiwan (kelima).

Tempat pertama dalam indeks berkenaan diduduki oleh Finland dengan 5.94 mata GCI, diikuti oleh Amerika Syarikat (5.81 mata), Sweden (5.65 mata), Denmark (5.65 mata) dan Taiwan (5.58 mata).

Malaysia turut mencatat kedudukan yang agak memberangsangkan dalam penarafan sub indeks GCI iaitu Indeks Teknologi (ke-25), Indeks Institusi Awam (ke-29) dan Indeks Persekitaran Ekonomi Makro (ke-19).

Laporan Daya Saing Global diterbitkan setiap tahun oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai mekanisme untuk mengukur daya saing dan potensi ekonomi negara-negara di seluruh dunia.

Tahun ini, laporan itu meliputi 117 buah negara yang menyaksikan kemasukan 15 buah negara baru.

Forum Ekonomi Dunia turut menerbitkan Bancian Pendapat Eksekutif 2005 dalam laporan sama, yang mendapati kesukaran mendapatkan pembiayaan sebagai faktor paling menimbulkan masalah untuk menjalankan perniagaan di Malaysia.

Ia diikuti oleh peraturan tukaran mata wang asing, kerenah birokrasi kerajaan, peraturan percukaian, etika kerja yang buruk dan rasuah.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm