Saturday, October 22, 2005

Al fatihah

Sempena Bulan Ramadhan Almubarak yang mulia

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
beserta selawat ke atas junjungan nabi Muhammad s.a.w
bersama kita sedekahkah Al Fatihah kepada Allahyarham
Para Sahabat Nabi,Ibu Bapa,Guru-guru,kaum keluarga kita
dan seluruh umat Islam yang telah dahulu pulang kerahmatullah.
Al- fatihah..

Copy and paste dari : Qump online

Thursday, October 20, 2005

JOM MENANGIS . . .









Salam Ramadhan buat semua pengunjung fotopages ini. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Amin.


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,
beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Sahabat, sahabiah & saudara. Pernahkah kita menangisi dosa kita kepadaNya? Sempena ramadhan ini, Jom Menangis menyesali kedhaifan diri, kelemahan melawan nafsu,ujian yg menimpa, dosa yg bertimbun & Jom Menangis mengharapkan rahmat & keredhaanNya. Jom Menangis selagi terasa kita belum diampunkan, selagi kita belum dekat denganNya, selagi rasa berat memikul dosa. Jom Menangis, menangis & menangis. Mudah2an airmata itu nanti mampu memadam api neraka yg akan membakar kita. Tuhanku, aku tidak layak, masuk syurgaMu, namun tak upaya menghadapi api nerakamu, terima taubat ku & ampunkan dosa2 ku, sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.. Jom Menangis, merintih & merayu Allah terima kita & redhai kita.

Abang Long : Semoga kita semua mati dalam iman..sesunggunya Allah maha pengampun dan maha penyayang..

copy and paste dari : http://papadotmy.fotopages.com/

Monday, October 17, 2005

new record for myfotopages



Selepas upload 288 keping gambar dengan 76 'entries' for first time aku dapat lebih 300 views
sehari dari lebih 150 viewer untuk fotopages aku pada 17/10/05 ...ade mase tengoklah hasil
kerja photographic aku di http://jeq789.fotopages.com
...tapi rekod baru view tu bukan pasal gambar aku tapi pasal aku upload gambar Siti Nurhaliza

tengah mengaji..terimaksih pada penyumbang gambar ni..


Siti ayu bila bertudung (Foto oleh Utusan Malaysia)Ramai yang sudah tahu kemerduan suara
dan bakat Siti Nurhaliza sebagai penyanyi. Tetapi berapa ramai pula peminat yang pernah
mendengar penyanyi popular itu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran?
Anda akan dapat menyaksikan Siti Nurhaliza mengaji al-Quran dalam satu program televisyen
(TV) tidak lama lagi.
Menurut Siti, ini adalah kali pertama dia mengaji untuk diperdengarkan kepada khalayak
menerusi kaca TV.
"Siti rasa gembira kerana dapat peluang ini. Ini kali pertama Siti mengaji di TV tetapi sebelum
ini Siti pernah mengadakan majlis khatam al-Quran semasa perkahwinan kakak Siti (Ida)
pada 1996.
"Melalui cara ini Siti dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan al-Quran Siti. Ini satu
pengalaman yang baik untuk Siti kerana sebelum rakaman dimulakan, Siti dilatih oleh
seorang guru al-Quran iaitu Ustaz Mohd. Taha Hassan, 24, yang merupakan anak kepada
guru al-Quran terkemuka, Datuk Hassan Azhari.
"Siti bersyukur kerana dapat bimbingan daripada anak guru al-Quran terkenal. Walaupun
ada sedikit kesukaran tetapi Siti seronok dapat menambah ilmu.
"Siti ambil masa hampir sejam untuk memperbaiki bacaan Siti sebelum rakaman program
itu dimulakan.
"Selain itu, Siti juga hadapi sedikit masalah daripada segi tajwid dan harakat.
"Bagaimanapun Siti rasa puas walaupun cuma dapat belajar dua ayat dalam program ini,
'' ujar Siti sewaktu ditemui selepas rakaman program itu di Cheras, Kuala Lumpur petang
kelmarin.
Sementara itu, Mohd. Taha berkata Siti tidak menghadapi masalah untuk membaca
al-Quran kerana penyanyi berusia 27 tahun ini mempunyai mutu suara yang baik.
"Siti boleh mengaji dengan baik. Dia tidak menghadapi masalah untuk melagukan atau
melenggokkan sesuatu ayat itu mengikut hukum-hukum yang sudah ditetapkan.
"Cuma Siti perlu berlatih lebih lagi daripada segi makhraj iaitu bagaimana cara
untuk menyebut huruf dengan betul.
"Siti juga ada sedikit kelemahan untuk memulakan bacaan, tempat berhenti atau
istilahnya dipanggil wakof ibtida,'' kata Mohd. Taha yang mempunyai ijazah
Usuluddin Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Rakaman Siti mengaji itu akan disiarkan menerusi TV1 pada 20 dan 21 Oktober ini,
beberapa minit sebelum azan maghrib disiarkan.
Selain Siti, Mawi (Akademi Fantasia 3), Bienda, Datuk Sarimah, Nash (Lefthanded)
dan Munif (Hijjaz) turut menjayakan program yang akan disiarkan secara berasingan
mulai 19 Oktober hingga 2 November ini.
Melalui program ini, Siti memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 22
dan ayat 164.

Tuesday, October 11, 2005

Salam Ramadhan



Imam Al Ghazali berkata,
"Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa)"

Monday, October 03, 2005

Selamat Berpuasa



Allah Ta'ala berfirman :

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui"

(Al-Baqarah: 183-184)

Rujukan untuk hal-hal berpuasa di Bulan Ramadhan ..baca kat sini..




Sunday, October 02, 2005

Kejayaan yang Seimbang

Untuk mencapai kejayaan yang seimbang dimana kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat maka kita harus perbetulkan qalbu kita kerana Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging iaitu qalbu,jikalau baik maka baiklah seluruh anggota badan kita"

"Qalbu adalah anggota yang paling penting kerana qalbulah yang menjadikan seseorang itu baik atau zalim.." dari m/s 114 Buku "Petunjuk Jalan Kekayaan"- Dr.Rusly Abdullah Ph.D