Thursday, October 20, 2005

JOM MENANGIS . . .









Salam Ramadhan buat semua pengunjung fotopages ini. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T. Amin.


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis,
beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Sahabat, sahabiah & saudara. Pernahkah kita menangisi dosa kita kepadaNya? Sempena ramadhan ini, Jom Menangis menyesali kedhaifan diri, kelemahan melawan nafsu,ujian yg menimpa, dosa yg bertimbun & Jom Menangis mengharapkan rahmat & keredhaanNya. Jom Menangis selagi terasa kita belum diampunkan, selagi kita belum dekat denganNya, selagi rasa berat memikul dosa. Jom Menangis, menangis & menangis. Mudah2an airmata itu nanti mampu memadam api neraka yg akan membakar kita. Tuhanku, aku tidak layak, masuk syurgaMu, namun tak upaya menghadapi api nerakamu, terima taubat ku & ampunkan dosa2 ku, sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu.. Jom Menangis, merintih & merayu Allah terima kita & redhai kita.

Abang Long : Semoga kita semua mati dalam iman..sesunggunya Allah maha pengampun dan maha penyayang..

copy and paste dari : http://papadotmy.fotopages.com/

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaiku

Terima kasih kerana sudi mampir di laman foto papa. Dan papa lihat di sini juga penuh dgn info yg baik-baik belaka.

Ruangan videoblog juga amat menarik. Satu persembahan yg baik. Perkara begini yg buat kita terhibur. Sekurang-kurang anak-anak kita boleh melihatnya jika mereka membesar nanti. Semuanya akan menjadi sejarah yg sukar dibeli.

Salam Ramadhan buat semua.