Monday, October 17, 2005

new record for myfotopages



Selepas upload 288 keping gambar dengan 76 'entries' for first time aku dapat lebih 300 views
sehari dari lebih 150 viewer untuk fotopages aku pada 17/10/05 ...ade mase tengoklah hasil
kerja photographic aku di http://jeq789.fotopages.com
...tapi rekod baru view tu bukan pasal gambar aku tapi pasal aku upload gambar Siti Nurhaliza

tengah mengaji..terimaksih pada penyumbang gambar ni..


Siti ayu bila bertudung (Foto oleh Utusan Malaysia)Ramai yang sudah tahu kemerduan suara
dan bakat Siti Nurhaliza sebagai penyanyi. Tetapi berapa ramai pula peminat yang pernah
mendengar penyanyi popular itu mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran?
Anda akan dapat menyaksikan Siti Nurhaliza mengaji al-Quran dalam satu program televisyen
(TV) tidak lama lagi.
Menurut Siti, ini adalah kali pertama dia mengaji untuk diperdengarkan kepada khalayak
menerusi kaca TV.
"Siti rasa gembira kerana dapat peluang ini. Ini kali pertama Siti mengaji di TV tetapi sebelum
ini Siti pernah mengadakan majlis khatam al-Quran semasa perkahwinan kakak Siti (Ida)
pada 1996.
"Melalui cara ini Siti dapat mempertingkatkan lagi mutu bacaan al-Quran Siti. Ini satu
pengalaman yang baik untuk Siti kerana sebelum rakaman dimulakan, Siti dilatih oleh
seorang guru al-Quran iaitu Ustaz Mohd. Taha Hassan, 24, yang merupakan anak kepada
guru al-Quran terkemuka, Datuk Hassan Azhari.
"Siti bersyukur kerana dapat bimbingan daripada anak guru al-Quran terkenal. Walaupun
ada sedikit kesukaran tetapi Siti seronok dapat menambah ilmu.
"Siti ambil masa hampir sejam untuk memperbaiki bacaan Siti sebelum rakaman program
itu dimulakan.
"Selain itu, Siti juga hadapi sedikit masalah daripada segi tajwid dan harakat.
"Bagaimanapun Siti rasa puas walaupun cuma dapat belajar dua ayat dalam program ini,
'' ujar Siti sewaktu ditemui selepas rakaman program itu di Cheras, Kuala Lumpur petang
kelmarin.
Sementara itu, Mohd. Taha berkata Siti tidak menghadapi masalah untuk membaca
al-Quran kerana penyanyi berusia 27 tahun ini mempunyai mutu suara yang baik.
"Siti boleh mengaji dengan baik. Dia tidak menghadapi masalah untuk melagukan atau
melenggokkan sesuatu ayat itu mengikut hukum-hukum yang sudah ditetapkan.
"Cuma Siti perlu berlatih lebih lagi daripada segi makhraj iaitu bagaimana cara
untuk menyebut huruf dengan betul.
"Siti juga ada sedikit kelemahan untuk memulakan bacaan, tempat berhenti atau
istilahnya dipanggil wakof ibtida,'' kata Mohd. Taha yang mempunyai ijazah
Usuluddin Tafsir dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Rakaman Siti mengaji itu akan disiarkan menerusi TV1 pada 20 dan 21 Oktober ini,
beberapa minit sebelum azan maghrib disiarkan.
Selain Siti, Mawi (Akademi Fantasia 3), Bienda, Datuk Sarimah, Nash (Lefthanded)
dan Munif (Hijjaz) turut menjayakan program yang akan disiarkan secara berasingan
mulai 19 Oktober hingga 2 November ini.
Melalui program ini, Siti memperdengarkan bacaan surah Al-Baqarah ayat 22
dan ayat 164.

2 comments:

Anonymous said...

Britney--svelte and sassy--back in public eye
If you have baby tips, we want to hear them . Britney - svelte and sassy - back in public eye My second-favorite blog after Blogging Baby - Perez Hilton - reports on Britney's first public appearance post-baby. ...
Find out how you can buy and sell anything, like things related to private road construction on interest free credit and pay back whenever you want! Exchange FREE ads on any topic, like private road construction!

Anonymous said...

Pajamas Media reveals contributors, readies for November launch
The long awaited Pajama's Media launch is growing closer according to company spin, with an announcement today revealing its editorial board members and contributors include Glenn Reynolds, CNBC's Larry Kudlow, ...
For a very enjoyable book to read, I definitely recommend 'Marcella: Princess or Pawn' which can be found at http://www.marcella.cc - you can even read the first chapter for free!