Sunday, January 30, 2011

KEHILANGAN ITU SATU UJIAN


Semalam saya dikejutkan lagi dengan (berita ketiga dalam sebulan) tentang kematian. Isteri kesayangan seorang sahabat akrab ( ketika menuntut di sekolah dahulu hingga sekarang) kini telah kembali kerahmatullah meninggalkan suami dan anak2nya yang masih memerlukan kasih sayangnya..., Berita itu membuatkan saya cukup terharu dan sedih ..Dugaaan dan ujian yang dialami oleh sahabat saya memang buat saya insaf dan teruja. Bersama kita sedekahkan FATEHAH keatas rohnya.

Sebagai seorang sahabat saya hanya mampu katakan:

Sesungguhnya Allah SWT tidak berlaku zalim keatas hambanya.. Allah lebih mengetahui segalanya apa yang lebih baik untuk umatnya.. Yakinlah setiap ketentuanNya ada Rahmat disebaliknya.

Sedikit ilmu saya baca untuk kita kongsi bersama:

Di dalam al-Quran, terdapat 10 jenis ujian yang Allah berikan kepada manusia. Kita kongsikan isi penting bagi perbincangan kita kali ini.

Ujian-ujian yang Allah kenakan kepada manusia.

1. Ujian Bencana (al-Baqarah ayat 214)

2. Ujian Sakit (al-Baqarah ayat 214)

3. Ujian Kemiskinan (al-Baqarah ayat 115)

4. Ujian Kesenangan (al-Zumar ayat 49)

5. Ujian Kehilangan (Saad ayat 34)

6. Ujian Di Datangkan Orang Menzalimi Dan Menganiyai

(al-Baqarah ayat 49)

7. Ujian Tarikan Maksiat (Surah Taha ayat 85)

8. Ujian Ketaatan Pada Perintah Allah (Surah al-Saffat ayat 106)

9. Ujian Dianugerahkan Kelebihan (Surah Dukkan ayat 33)

10. Ujian Hati (Surah al-Anfal ayat 28)

Sepuluh ujian ini adalah untuk Allah lihat, adakah kita ingin tangani segala ujian susah dan senang ini selaras dengan apa yang diajarkan oleh Allah pada kita.

Sesungguhnya, jangan kita angan-angankan kita akan dapat masuk ke syurga sebelum Allah datangkan ujian kepada kita. Dalam al-Quran Allah nyatakan bahawa:-

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (gempa)

Surah al-Baqarah ayat 214

Dan satu yang perlu kita yakini bahawa, Allah tidak meletakkan sesuatu ujian yang tidak sanggup kita tanggung.

Setiap ujian adalah sesuai dengan diri kita. Dan minta Allah untuk Dia memberika jalan keluar pada segala permasalahan kita. Kerana, hanya Dia yang dapat memberikan kita jalan keluar pada segala permasalahan hidup kita.

Firman Allah:-

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi segala permasalahannya) - Surah al-Talaq ayat 2.

RUJUKAN: http://www.ustazamin.com

Abang Long: Ujian dan Dugaan yang kita hadapi sekarang masih lagi kecil jika dibanding dengan Ujian yang dihadapi oleh Rasululullah dan para Sahabatnya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

No comments: