Sunday, January 16, 2011

Kematian

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un..

Hari ini saya di kejutkan dengan panggilan seorang sahabat menyampaikan berita kematian suami seorang kawan sekolah kami dulu..
Ucapan Takziah untuk dia dan keluarganya..baru beberapa hari lepas saya melawat fb dia dan melihat gambar gambar dia dan suaminya pergi melancung keluar negeri pada bulan yang lalu..

Semoga roh suaminya nya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Al fatihah..

Sesungguhnya kematian itu akan datang dan ia adalah satu kepastian..
Renunglah buat keinsafan kita semua bahawa sudah ada antara kita yang telah kembali mengadap Allah SWT. Kita juga mengetahui terdapat pelbagai bentuk kematian. Ada yang mati setelah terlantar beberapa hari di hospital, ada yang mati dengan terjatuh i, ada yang mati secara tiba-tiba, tanpa disangka-sangka dan banyak pula yang mati akibat terlibat dengan nahas kemalangan dan bermacam-macam lagi jenis kematian yang dapat disaksikan.

Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui nasib seseorang di akhir hayatnya. Sebab itulah, bagi kita orang yang beiman kepada Allah, hendaklah sentiasa berdoa agar kita mati dalam keadaan husnul khatimah ( penutupan akhir hayat yang baik ) bukannnya dalam keadaan su’ul khatimah (penutupan akhir hayat yang tidak baik), Na’uzubillahiminzalik!

Bagaimana pula dengan kita..? Adakah kita yakin yang kita boleh bernafas pada keesokan hari dengan berbangga akan dosa pada hari ini? Berapa ramai yang menjadikan kematian sebagai iktibar dalam hidupnya kecuali yang mendapat hidayah dari Allah. Marilah sama-sama kita membuat persediaan yang sempurna serta perancangan yang teratur untuk kita dapat selamat daripada api neraka dan berdoa untuk memasuki Syurga yang penuh dengan segala kenikmatan dan kelazatan yang tidak terhingga...Renungkanlah..

No comments: