Wednesday, June 04, 2008

Ais dan Air Sejuk boleh jadi penawar ...?


Oleh chekamala
""Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Abang Long : Abang Long pernah dengar, orang yang tinggal di Negara 4 musim (ada musim salji) mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal lebih baik dan Ikan yang datang dari kawasan perairan bersuhu panas tidak sesuai dimakan "Mentah"..

1 comment:

Anonymous said...

Dalam beratus-ratus tahun orang tua-tua Melayu kita tidak menggalakkan langsung minum air batu. Walaupun alasan air batu menyebabkan "angin" tiada hubungan jelas dengan fakta-fakta saintifik, petua ini ada asasnya cuma alasannya yang kurang jelas.

Dari segi kajian ilmu perubatan moden, badan manusia perlu dikekalkan pada suhu optimum sekitar 37 darjah Celcius. Sebagai 'spesis' mamalia badan manusia perlu bekerja untuk menjana haba untuk mengekalkan proses fisiologi badan. Sedangkan minum air sejurus lepas makan Nabi SAW pun tak galakkan inikan lagi minum air sejuk, kerana selepas makan, badan kita memerlukan tenaga untuk menguraikan makanan kepada zat-zat yg boleh diserap. Jika sekiranya air sejuk diminum selepas makan makan suhu dalaman badan menurun menyebabkan sistem penghadaman kurang efisien dalam mencerna makanan kerana tenaga tadi perlu dibahagikan untuk menjana haba bagi mengekalkan suhu badan.

Agak-agak kenapa kalau waktu hujan kita rasa syok nak tidur? Ini adalah kerana badan kita perlu bekerja untuk mengekalkan suhu badan optimum. Mengantuk adalah satu isyarat bahawa badan kita perlu berehat agar suhu dalaman dapat dikawal untuk kestabilan proses metabolisma badan. Ubat supaya tak mengantuk ialah dengan memanaskan badan, sama ada dengan meminum minuman panas, meninggikan suhu persekitaran, bersenam ataupun memakan pakaian yang tebal. Kata kunci di sini ialah metabolisma

Ais hanya elok untuk kecederaan seperti terseliuh dsb pada peringkat awal bagi mengurangkan lebam pada bahagian yg cedera dan ianya hanya dituam, bukannya dibalut, kerana bahagian yg cedera tadi perlu kepada aliran darah untuk menerima oksigen bagi memulakan proses pemulihan.

Pada saya yang perlu ditekankan di sini ialah penggunaan air suam, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Nabi SAW pun ada doa apabila minum air jernih yang tidak dicampur apa-apa. Wallahulam.

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=10703