Monday, June 16, 2008

Dulu Lain Sekarang Lain

Dulu Lain Sekarang Lain..
Kata-kata "Dulu kini dan selamanya" tak boleh guna lagi..
Semuanya dah berubah..
Banyak yang dah berubah..
Memang Dulu Lain Kini pun dah lain.

Hari ini Abang Long memerhatikan gelagat orang..
Puas memerhati raut wajah mereka,
Abang Long teringat 20 tahun dulu.
Kerana dulu abang Long pernah kata,
Orang Korea nampak muka mereka stress, Tension,
mata merah nampak seperti keletihan dan tidak cukup rehat..
Mengejar dan memburu masa untuk dapatkan sesuatu..
Survival..
Diwajah mereka juga nampak kebimbangan dan keresahan.


Masa tu nampak jelas berbeza,
20 tahun dulu Orang Malaysia nampak muka mereka Tenang,
Periang, segar, Ceria dan kerja pun boleh bertangguh..
Tiada apa yang di kejarkan kerana semuanya dirasakan cukup
dan ada yang terasa mewah dan berlebihan.

Tapi hari ini Abang Long tengok Orang Kita (Orang Malaysia)
sama apa yang Abang Long tengok Orang Korea 20 tahun dulu,
Hari ini Nampak mereka keletihan,
Mata merah macam tak cukup rehat,
Nampak macam orang yang kebimbangan
Tak ramai yang kelihatan senyum dan gembira..

Terutama bila sampai di kaunter bayaran...
Kerana semuanya sudah mahal,
Kerana terasa duit semakin kecil nilaininya..
Terasa gaji yang diterima tak berbaloi,
Keluh Resah..

Kerana Esok akan bekerja lagi..
Esok akan hantar anak kesekolah lagi..
Esok akan menghadap Bos lagi..
Esok mungkin dimarah Bos Lagi..
Esok mungkin harga barang naik lagi..
Esok mungkin kena Overtime lagi..
Esok mungkin tak sempat nak makan dengan anak isteri lagi..
Esok mungkin akan "Jam" lagi..
Mungkin harga minyak naik lagi..
Mungkin Tambang naik lagi..
Mungkin harga ikan di pasar naik lagi..

Entahlah..
Memang sekarang dah Lain.
Tak seperti yang Dulu Lagi.

No comments: