Saturday, November 13, 2004

Balik Kampung..Berhati-hati di jalan raya


50 kematian, 3,660 kemalangan dalam tempoh 4 hari
Jurucakap bilik gerakan trafik itu berkata, sepanjang tempoh 24 jam kelmarin, sebanyak 1,072 kemalangan dilaporkan berlaku.

“Sebanyak 12 kematian direkodkan dalam 11 kemalangan maut
di seluruh negara semalam (kelmarin).

“Mereka yang terbunuh terdiri daripada lapan penunggang dan pembonceng motosikal serta masing-masing dua penumpang dan pemandu kereta dan pejalan kaki,” katanya.

Abang Long : Ingatlah orang yang tersayang sedang menanti anda...

___________________________________
Kami dah sampai kampung...
30 Ramadhan 1425H- Alhamdulillah kami dah selamat sampai ke kampung..
Jalan pun elok tak ada jem..
Anak-anak pun seronok sebab dah lama tak balik kekampung..
On the way balik sempat ambil gambar ni di Perhentian Machap.


Mata mengantuk juge..mujo lah ada yang membantu..dapatlah lelapkan mata sikit..
Bahaya kalau mengantuk ni..eloklah kita berhenti je...Nyawa tu lebih berharga.

1 comment:

Anonymous said...

Sila baca artikel bertajuk "11,609 nahas sepanjang 15 hari Ops Sikap VII: Kemalangan maut turun",
di alamat http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Mukadepan/20041123004453/Article/