Wednesday, November 24, 2004

Keganasan..

Apa kata mereka :

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, bahawa usaha memerangi keganasan dengan pendekatan bersenjata dan ketenteraan saja tidak mungkin membawa penyelesaian muktamad.

“Kalau punca sebenar keganasan yang berlaku di beberapa negara tidak diketahui, usaha memeranginya akan sia-sia, malah mungkin menyebabkan kegiatan pengganas lebih agresif.

“Tindakan ketenteraan akan hanya memburukkan keadaan kerana mungkin untuk setiap pengganas yang berjaya dihapuskan, lima lagi akan muncul. Kita tak boleh hanya menggunakan satu kaedah saja kerana bukan semua keganasan berpunca daripada sebab yang sama,”

Baca lagi apa kata Pak Lah...


Tentera AS telah melakukan tindakan kurang ajar dan biadab di masjid-masjid Fallujah. 50 masjid telah dikepung dan dibom di sana..Lagi gambar keganasan...

Apa pula kata Anwar Ibrahim,
"punca–punca keganasan termasuklah masalah “rampasan” dalam konflik Palestin, penyisihan orang-orang Islam seperti yang terjadi di selatan Thai yang bergolak dan “penindasan dan penafian kebebasan asas serta tiadanya demokrasi” di kebanyakan negara Islam.

Namun menurutnya
"pendekatan radikal pentadbiran Bush dan tindakan unilateralnya” telah membangkitkan kemarahan orang Islam dan “mengakibatkan jurang yang lebih dalam di antara orang Islam dan Amerika Syarikat.Terlalu mudah bagi Presiden Bush mengatakan yang dunia kini lebih selamat, kerana pastinya Iraq bukanlah negeri yang lebih selamat hari ini. Sel-sel pengganas hakikatnya semakin meningkat, bagai cendawan tumbuh,”

“Saya tidak perasan dalam dunia moden sebegini ada seorang pemimpin Amerika yang begitu didendam dan dibenci di luar negara.”
Walaupun kedudukan keselamatan yang kukuh amat perlu, menurut Anwar, Bush mesti prihatin terhadap dunia di sekitarnya dan “membuat perubahan-perubahan yang perlu” supaya tidak dilihat sebagai “tidak menghiraukan realiti langsung dan sangat angkuh dengan caranya” jika beliau mahu menghancurkan keganasan.
Baca lagi apa kata Anwar..

No comments: